KUALA LUMPUR, 11 Julai – Parti Amanah Negara (Amanah) dijangka akan bertanding di 33 daripada 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos ini.
Timbalan Presidennya, Datuk Salahuddin Ayub menjelaskan, pihaknya yakin dapat memenangi semua kerusi DUN yang disasarkan itu, termasuk di negeri ditadbir pembangkang.
“Angka (bertanding kerusi DUN) lebih kurang…kalau di Kelantan (kita) boleh bertanding tujuh kerusi. Kalau di Terengganu tiga atau empat Insya-Allah. Kedah (kita sasarkan) tujuh atau lapan (kerusi DUN), Selangor sembilan kerusi, Negeri Sembilan tiga kerusi dan dua kerusi di Pulau Pinang.
“Alhamdulillah berdasarkan sambutan rakyat, kita yakin kita dapat untuk mengekalkan kemenangan dan kita ada peluang yang seimbang di negeri-negeri yang pembangkang perintah ketika ini,” katanya seperti dilaporkan BH hari ini.
Beliau berkata, tugas AMANAK adalah untuk memastikan dapat mencapai kemenangan di kerusi yang akan dipertandingkan nanti. – nasionalkini.my

