in

Polis Malaysia bertindak adil, siasat dakwaan wanita China jadi mangsa peras ugut

wanita tiktok
wanita tiktok

KUALA LUMPUR: Nama Malaysia sudah tidak perlu diperkenal di persada dunia kerana mengetahui kehebatan dan keunikan yang ada di negara ini.

Namun baru-baru ini negara tercinta menjadi sebutan di media sosial di China apabila kejadian tidak diingini berlaku.

azim polis
Polis Malaysia bertindak adil, siasat dakwaan wanita China jadi mangsa peras ugut 5

Menyedihkan, ia bukanlah perkara baik yang menjadi perbualan tetapi memberikan imej buruk apabila tindakan penguatkuasa polis yang dikatakan memeras ugut pelancong China ketika dia berada di negara ini.

Difahamkan wanita warga China itu menjadi mangsa peras ugut ketika berada dalam sekatan jalan di Bulatan Dato Onn, ibu negara hanya kerana disebab wanita itu tidak membawa pasportnya.

Mengambil serius dengan kejadian berlaku, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yahaya Othman memaklumkan kertas siasatan berhubung dakwaan wanita warga China itu sudah dihantar kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.

polis azim 2
Anggota polis yang didakwa terlibat dalam kes peras ugut melibatkan wanita China di bandaraya, baru-baru ini.

Malah katanya, tujuh individu sudah di ambil keterangan untuk membantu siasatan kes tersebut bagaimanapun wanita tersebut sudah pulang ke China dan keterangannya belum dirakam.

Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana pemerasan

Diharapkan, kebenaran akan dapat diketahui kelak dan sekaligus membersihkan nama dan imej Polis sekiranya perkara itu tidak benar.

wanita tiktok 2
Wanita China yang mendakwa dirinya menjadi mangsa peras ugut kerana tidak membawa pasport

Terdahulu, tular satu rakaman video dimuat naik di akaun TikTok memaparkan seorang wanita sedang mengulas isu berkenaan dalam bahasa Cina bersama sedikit sedutan rakaman kejadian.

Menerusi kapsyen disertakan bersama video itu, anggota polis berkenaan didakwa memeras wang sebanyak RM200 ke atas seorang pelancong wanita dari China kerana tidak membawa pasportnya yang kononnya tertinggal di hotel. – NasionalKini

WhatsApp Image 2023 04 12 at 7.05.05 AM 1

Kaum Tionghua Indonesia rasai nikmat puasa dengan agih juadah berbuka

1104 POLIS PAHANG MERCUN2

Sembilan individu ditahan jual mercun, bunga api tanpa lesen