BOGOR: Salah satu bentuk toleransi terhadap umat Islam yang ketika ini sedang menjalani ibadah puasa adalah mengagihkan juadah berbuka puasa kepada mereka yang menunaikan rukun Islam ketiga tersebut.
Lazimnya kita biasa melihat pengagihan juadah dilakukan oleh individu Islam yang berkemampuan, pihak NGO dan kerajaan kepada golongan bersasar di kawasan tertentu seperti di kawasan umum, tepi jalan raya atau gerai-gerai khas.
Namun, di Indonesia, masyarakat kaum Tionghua di Kecamatan Rumpin, Bogor, Jawa Barat, Indonesia baru-baru ini tidak melepaskan peluang merasai kenikmatan tersebut apabila berganding bahu sesama mereka melakukan kerja amal ini dengan mengagihkan jaudah berbuka puasa kepada orang ramai.
Dipetik dari portal Beritasatu.com pada 10 April 2023 lalu melaporkan kerja amal berkenaan yang dijayakan golongan terbabit berkemampuan dikatakan telah dilakukan sejak dari dahulu lagi sebagai menghormati bulan Ramadan yang mulia.
Ramadan adalah bulan berkat bukan sahaja dinikmati penganut beragama Islam yang merasakan diri mereka betapa indahnya melaksanakan ibadah puasa tetapi ia juga turut dirasakan oleh kaum etnik Tionghua yang merupakan warga di Rumpin.
Warga Cina itu dipercayai bersyukur kerana dapat hidup dengan masyarakat Islam di kecamatan itu saling menghormati meskipun mereka kaum minoritas yang tidak pernah dipinggirkan.
Sebagai tanda syukur, mereka membahagikan makanan berbuka puasa itu kepada umat Islam yang melalui di lokasi berkenaan.
Pengagihan jaudah berbuka puasa itu merupakan kegiatan rutin tahunan masyarakat Cina terbabit dengan kerjasama Komuniti Wanita Khonghucu Indonesia. (Perkin) dan Pemuda Perkim di Rumpin.
Sementara itu, Ketua Perkin Rumpun, Ellina berkata, kegiatan program tersebut dijalankan bagi meningkatkan toleransi masyarakat Tionghua yang sentiasa terpelihara di daerah itu sejak dari dulu lagi setiap kali kedatangan Ramadan.
Menurutnya, kegiatan itu mendapat sambutan warga sekitar dan mereka begitu bangga dengan kaum tersebut yang tidak pernah menyisihkan masyarakat Islam dalam apa jua pun setelah mereka menyediakan makanan berbuka puasa.
”Baguslah, bulan Ramadan bulan yang berkat., walaupun berlainan agama dapat juga berbuat demikian kepada mereka yang berpuasa,” katanya. – NasionalKini