in ,

Penganalisis jawab mengapa Axia ‘Rahmah’ tiada ABS

axia 1
Perodua Axia E yang dilancarkan minggu lalu dijual pada harga serendah RM22,000. (Gambar Facebook Perodua)

Adam Aariz

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Kemunculan model Perodua Axia E mendapat pelbagai respon, ada bahagia dan tidak kurang pula yang mencebik mulut berikutan kenderaan itu dianggap tidak selamat berada di jalan raya.

Meskipun begitu, kehadiran banyak memberi peluang kepada golongan tertentu memiliki kenderaan sendiri selari kerajaan Madani yang mahukan rakyat hidup dalam keadaan sempurna mengikut kemampuan sendiri.

Seorang penganalisis automotif menjelaskan model Perodua Axia E yang dijual dengan ‘harga Rahmah’ serendah RM22,000 tidak perlu mengikuti piawaian homologasi terkini Kementerian Pengangkutan yang memerlukan ciri ABS dan ESC sebagai alatan standard.

Pemasangan dua alat berkenaan mula dimasukkan dalam piawaian itu pada 2020.

Hezeri Samsuri berkata Perodua Axia E itu diklasifikasikan sebagai Axia yang dilancarkan dalam tahun 2014.

“Ini bermakna ia tidak perlu menurut piawaian homologasi terkini Kementerian Pengangkutan yang memerlukan ciri ABS dan ESC sebagai alatan standard (bermula tahun 2020).

“Pencapaian 4-bintang Asean NCAP yang diterima oleh Axia E juga adalah berdasarkan ujian dan standard yang digunakan oleh Asean NCAP pada ketika itu,” katanya menerusi perkongsian di blognya, Careta.my

ABS adalah satu ciri asas yang perlu pada kenderaan, terutama untuk kenderaan ringan dan menggunakan tayar yang bersaiz kecil.

“Ini kerana tanpa sistem ABS, tayar akan mudah terkunci bila brek mengejut dilakukan, terutama di permukaan basah.

“Beberapa kes kemalangan yang telah berlaku sebelum ini di mana mangsa mengadu “stereng tidak boleh dikawal” sebenarnya adalah berpunca dari brek hadapan terkunci dan kenderaan enggan membelok,” jelasnya.

Semalam, bekas menteri pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mendakwa model baharu Perodua itu mengabaikan ciri-ciri keselamatan asas.

Beliau menggesa Perodua agar melihat semula model terbaharu ini, yang turut tidak mempunyai kunci pusat yang membolehkan empat pintu kenderaan dikunci secara automatik.

Reaitinya, model Perodua Axia E dilancarkan pada Khamis lalu, disasarkan terutamanya kepada penunggang motosikal yang ingin memiliki kereta, sekolah memandu, dan golongan berpendapatan rendah, B40. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 06 19 at 7.19.51 PM 1

Kerja-kerja pembaikan Jalan Senai Underpass selesai, dibuka Jumaat ini

palsu

PKR nafi surat tular tawar KJ timbalan presiden