in

Kerja-kerja pembaikan Jalan Senai Underpass selesai, dibuka Jumaat ini

WhatsApp Image 2023 06 19 at 7.19.51 PM 1
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi membuat tinjauan di Jalan Skudai dan Senai Underpass dan dijangka buka kepada umum selwat-lewatnya Jumaat.

Oleh Luth Adwa

JOHOR BAHRU, 19 Jun – Jalan Senai Underpass akan siap dan dibuka semula selewatnya Jumaat ini, seminggu lebih awal dari tarikh jangkaan.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam kenyataan di laman sosial Facebook selepas membuat tinjauan di Jalan Skudai dan Senai Underpass hari ini.

Kerja pembaikan jalan rosak Jalan Persekutuan FT001 Senai Underpass dilaksanakan bermula Mei lalu disebabkan kerosakan jalan itu yang teruk akibat air di bawah struktur jalan.

Onn Hafiz dalam pada itu berkata, umum mengetahui kesesakan trafik yang sering berlaku di Lebuhraya Senai-Skudai, terutama di hadapan Paradigm Mall.

Katanya, bagi mengurangkan masalah tersebut, kerajaan negeri mengenalpasti penyelesaian jangka masa pendek yang boleh dilaksanakan iaitu, bantuan polis trafik bagi mengawal dan melancarkan aliran trafik semasa waktu puncak.

“Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) akan melakukan penambahbaikan jalan seperti penjajaran jalan, ‘flexible post’, garisan jalan, ‘road stud’ dan papan tanda jalan,” katanya.

Onn Hafiz berkata, beliau faham banyak lagi jalan-jalan yang memerlukan penambahbaikan dan penyelenggaraan.

“Seperti dimaklumkan sebelum ini, saya sudah mengarahkan JKR dan syarikat konsesi mempercepatkan pembaikan jalan di beberapa ‘hotspot’ bagi memastikan jalan raya yang lebih selamat dan selesa,” katanya. -nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 06 19 at 6.23.01 PM

Besut perlu jadi banteng kemaraan UMNO dalam PRN

axia 1

Penganalisis jawab mengapa Axia ‘Rahmah’ tiada ABS