in ,

OPR kekal 3 peratus

BENEM field image listing featured.var 1528355793
Gambar hiasan

Oleh Adam Aariz

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada kadar 3 peratus susulan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini.

BNM dalam kenyataan berkata berdasarkan tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal agak akomodatif dan terus menyokong pertumbuhan ekonomi.

“MPC terus menilai bahawa risiko ketidakseimbangan kewangan pada masa hadapan adalah terhad,” kata bank pusat itu.

Menurutnya, jawatankuasa itu juga akan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil.

BNM berkata, ekonomi global terus berkembang didorong oleh keadaan permintaan dalam negeri yang berdaya tahan dengan sokongan keadaan pasaran pekerja yang teguh.

Bagaimanapun, katanya, pertumbuhan global terus terjejas disebabkan oleh inflasi teras yang berlarutan dan kadar faedah yang lebih tinggi.

“Meskipun pembukaan semula China terus menyokong ekonomi global, kadar pemulihannya menjadi perlahan pada beberapa bulan kebelakangan ini,” katanya.

Awal bulan ini, beberapa firma penyelidikan menjangkakan BNM akan menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas lagi kepada 3.25 peratus.

OctaFX dalam satu kenyataan memaklumkan, langkah tersebut dibuat adalah untuk menyokong pasaran modal dan menstabilkan kadar tukaran dolar AS dengan ringgit Malaysia. – nasionalkini.my

Nik Nazmi Nik Ahmad 2019

Kementerian sedang tunggu laporan tanaman sawit ceroboh tanah Orang Asli

WhatsApp Image 2023 07 06 at 5.36.21 PM

Bapa campak dua anak elak rentung