in

Minggu Kraf London 2023 terima kunjungan tetamu diraja

346063635 618460140200529 2728982351310028326 n
Pavilion Antarabangsa Malaysia yang diadakan sempena Minggu Kraf London 2023 (LCW) menerima kunjungan dan tetamu diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Dan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Pavilion Antarabangsa Malaysia yang diadakan sempena Minggu Kraf London 2023 (LCW) menerima kunjungan dan tetamu diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Bhutan Baginda Jigme Khesar Namgyel Wangchuck serta Permaisuri Baginda Jetsun Pema.

Turut berangkat ke pameran yang diadakan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square ialah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Dan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.

Menurut Istana Negara, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, yang mengetuai delegasi Malaysia dalam pameran bermula Sabtu sehingga 14 Mei, telah berkenan menyampaikan taklimat berhubung pameran bertemakan “Abstract Nature” (Abstrak Alam Semula Jadi).

345934876 521435563355680 5182136082672120949 n
Minggu Kraf London 2023 terima kunjungan tetamu diraja 3

Tetamu-tetamu diraja berkenaan meluangkan masa selama satu jam melihat pameran seni kraf dan produk warisan yang memaparkan landskap budaya Malaysia yang kaya melalui keunikan tradisi kraf dan produk warisan masyarakat Malaysia khususnya Melayu, Orang Asli Semelai dari Pahang, Mah Meri (Selangor) di Semenanjung Malaysia serta suku kaum etnik Orang Asal di Sabah dan Sarawak.

Pameran edisi kedua Malaysia sempena Minggu Kraf London kali ini turut mengetengahkan Songket Terengganu dan telepuk (teknik menghias tekstil).

Penyertaan Malaysia dalam pameran itu diketuai oleh Yayasan Tenun Pahang Diraja dan disokong oleh Kerajaan Persekutuan (Kementerian Luar), Kerajaan Pahang dan Sarawak, Kraftangan Malaysia dan Songket Diraja Terengganu.

Selain tetamu diraja, turut menghadiri pameran itu ialah Duta Monaco ke United Kingdom Puan Yang Terutama Evelyne Genta, Pengerusi London Craft Week Guy Salter dan dari Malaysia, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 05 10 at 3.38.05 PM

Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM

345827786 1046614272984927 2985669290958440600 n

Raja Permaisuri Agong lancar platform e-dagang, SARAtage