in

Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM

WhatsApp Image 2023 05 10 at 3.38.05 PM
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali

KUALA LUMPUR 10 Mei – Tan Sri Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkuat kuasa 12 Mei ini untuk tempoh satu tahun.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, pelantikan beliau diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengikut subseksyen 5(1) dan (2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694].

“Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan subseksyen 5(1) dan (2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694], Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mulai 12 Mei 2023,” katanya.

Tan Sri Azam dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mac 2020 lalu menggantikan Latheefa Beebi Koya.

Sebelum menjawat jawatan itu, beliau pernah menjawat jawatan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM selama empat tahun bermula 2016. – nasionalkini.my.

WhatsApp Image 2023 05 10 at 3.05.45 PM

JKDM Melaka patah sindiket seludup basikal elektrik RM700,000

346063635 618460140200529 2728982351310028326 n

Minggu Kraf London 2023 terima kunjungan tetamu diraja