in ,

Lelaki maut kemalangan tiga kenderaan

2269020
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa dari kenderaan dinaiki selepas terbabit kemalangan libat tiga kenderaan di Jalan Ringlet, Cameron Highlands

KUANTAN, 16 Julai – Lelaki maut manakala tujuh yang lain termasuk dua kanak-kanak cedera selepas terbabit kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Ringlet, Cameron Highlands hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kemalangan dilaporkan jam 6.57 petang itu melibatkan kereta jenis Proton Waja (teksi), Proton Persona dan sebuah motosikal.

“Mangsa yang maut dipercayai penumpang kereta jenis Proton Waja manakala pemandunya cedera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa lain yang cedera terdiri pemandu (lelaki) dan tiga penumpang termasuk seorang wanita dan dua kanak-kanak yang menaiki Proton Persona.

Proton Persona yang turut terlibat dalam kemalangan libat tiga kenderaan di Jalan Ringlet, Cameron Highlands pada petang Ahad.

“Lima anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ringlet ke lokasi untuk bantuan menyelamat sejurus menerima laporan berhubung kejadian,” katanya. – nasionalkini.my

photo1689420172 1689511289

TNB tubuh pasukan siasatan dalaman insiden pekerja kontraktor maut

Perak kembali temui rentak kemenangan