Oleh: Aqeelah Amzar
“Succes is led by the power of communications,” tegas Pengarah Urusan Neuronworks International Sdn Bhd (NISB) , Rizal Rashid yang berpengalaman selama 15 tahun sebagai jurulatih komunikasi berpengaruh.
Kesempatan menghadiri ceramah kendaliannya beberapa kalijelas mempamerkan sisi keperibadiannya yang memukau dan berjaya memaku peserta dengan sajian pengucapan awam bernas dan mantap.
“Semua orang boleh bercakap tetapi melatih diri berkomunikasi dengan yakin, disertai dengan kualiti harus selari dengan seni komunikasi.
“Perlu ada yang ilmunya, pengalamannya dan kaedah bagaimana individu mengawal otak . Upaya mengeluarkan kata-kata yang elok tersusun dan berstruktur.
“Justeru saya tegaskan, kejayaan diukur sejauh mana kalian menguasai komunikasi,” ujarnya kepada NasionalKini, baru-baru ini.
Rizal berkata demikian selepas tampil dalam Seminar Speak With Confidence yang dihadiri seramai 614 peserta dari seluruh negara.
Mereka terdiri di kalangan profesional, usahawan, pemilik perniagaan , penjawat awam, pesara, pelajar dan individu.
Beberapa jam Bersama Rizal Rashid, dapatlah disimpulkan, komunikasi adalah proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain.
Ia adalah proses interaksi untuk berhubung dan berkongsi. Bagi menghasikan kefahaman dan komunikasi lisan yang berkesan wajar disertai dengan bahasa gerak-geri, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata dan lancar dan berstruktur.
“Terdapat kumpulan yang introvert iaitu cenderung menyukai kondisi yang tenang dan gemar menyendiri . Ada juga yang extrovert iaitu menyukai lingkungan interaktif namun jika ada yang mengaitkan kedua-duanya dengan kegagalan komunikasi dakwaan itu adalah mitos,”
“Berdasarkan pengalaman saya mendampingi peserta meskipun individu tersebut memiliki PhD, berjawatan tinggi dan terkenal , pendiam, menyendiri masing-masing masih ada kelompangan dalam teknik komunikasi,” ujarnya
Justeru beliau yang mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel dan seminar serta melatih hampir 50,000 peserta dalam dan luar negara akan meneruskan aktiviti tersebut secara bersemuka seperti tahun-tahun sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menyentuh seminar selama dua hari yang diadakan, selain terbuka kepada umum turut mengiktiraf 45 peserta bertaraf graduan yang telah mengikuti Program The Influential Club (TIC) .
Mereka turut menerima sijil Profesional Interpersonal Communication Skills yang dikitiraf oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTMSPACE).
“Program yang diasaskan sejak 2021 ini akan memastikan setiap ahli TIC memperoleh ilmu dan pengalaman berimpak tinggi.
Menariknya pelaksanaan dibantu oleh jurulatih dan Persona Expert dari NISB , Dr. Farah Shafeera @ Ann Ibrahim yang juga merupakan pensyarah kanan dari Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Selangor.
“Objektif program menyediakan platform untuk ahli belajar dan mempraktikkan modul-modul khas komunikasi tanpa mengira profesion dan latar belakang. Tujuannya meningkat, mengasah kemahiran bercakap serta berkesan,” katanya.
Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Pengarah Sepanjang Hayat UTMSPACE, Ts Sr Dr. Zakaria Mohd Yusof. Empat ahli juga menerima anugerah khas sepanjang enam bulan mengikuti program. Norlin Alwai dan Zulkarnain Hashim diberikan The Influential Awards, Anizah Ishak menerima Transformations Awards dan Ghuzailaila Abd Rahim menerima anugerah The Outstanding Imrovement Awards.
Terkini, untuk Program Interpersonal Communication bagi tahun 2023 telah dibuka dan hubungi talian 011 2600 0112. NasionalKini