in ,

‘Gelombang hijau’ di Melaka tetap bersemangat, tak pernah padam

Untitled design 1
Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka itu yakin rakyat semakin bijak dan tidak mudah terpengaruh

MELAKA 15 April –  Perikatan Nasional (PN) Melaka menegaskan sokongan ke atas gabungan itu semakin meyakinkan sekali gus menafikan ‘gelombang hijau’ di enam negeri pimpinannya semakin lemah menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) .

Sokongan yang diterima kepada gabungan ini semakin bertambah, bukan sahaja dalam kalangan pengundi saluran empat, lima dan enam malah saluran satu dan dua mula menunjukkan sokongan positif, demikian tegas Ketua Penerangan PN Melaka, Bakri Jamaluddin.

Bakri 1
Bakri Jamaluddin menyantuni rakyat ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu di Parlimen Tangga Batu. Foto: Utusan Malaysia

“Biarpun beberapa pemimpin PN terpalit dengan kes mahkamah, namun tidak memberi kesan kepada semangat gelombang hijau, kerana rakyat pada hari ini mahukan masalah mereka diselesaikan dan bukannya isu lama ‘dikorek’ dan dijaja.

“Saya lihat gelombang ini makin lama makin kuat dan tak pernah padam, bertambah kuat,” katanya.

Beliau pada masa sama yakin rakyat semakin bijak dan tidak mudah terpengaruh dengan isu-isu mahkamah yang dilaporkan,sebaliknya  lebih berpengetahuan terutama anak-anak muda yang menggunakan media sosial.

bakri 3
Bakri berharap kerajaan pusat dapat pemudah cara agar wakil rakyat PN juga tidak dipinggirkan. Foto: Utusan Malaysia

Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka itu menjelaskan, rakyat hari ini mahukan masalah mereka termasuk kos sara hidup tinggi diselesaikan dan mempunyai solusi yang bernas, bukan disajikan dengan dakwaan yang tidak berasas.

Malah, beliau yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu berkata, meskipun belum menerima peruntukan dari kerajaan pusat, namun demi kebajikan rakyat beliau sanggup menggunakan elaun Ahli Parlimen untuk membantu rakyat memerlukan.

“Sebenarnya banyak lagi rakyat dalam Parlimen ini mahu kita bantu, namun dengan kekangan kewangan menyukarkan untuk kita membantu dengan lebih meluas,”katanya.

Atas dasar itu beliau berharap kerajaan pusat dapat pemudah cara agar wakil rakyat PN juga tidak dipinggirkan untuk menerima bajet, seterusnya disalurkan dan diagihkan kepada rakyat,” katanya lagi. – NasionalKini

DSC01927 scaled

Komunikasi memukau perlukan ilmu : Rizal Rashid

160423 phg rpabuburlambuk 2 edited scaled

Bubur lambuk ‘air tangan’ Raja Permaisuri Agong jadi rebutan