in ,

Presiden PAS dinasihat supaya tidak guna agama untuk kepentingan diri dan parti

Hadi 1
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mendakwa, kolum Minda Presiden tulisan Abdul Hadi sering mempergunakan dalil agama dengan konteks yang salah untuk kepentingan diri dan parti

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang  dinasihat supaya tidak mempergunakan agama untuk melakukan pembohongan dengan kepentingan partinya.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mendakwa, tulisan Abdul Hadi di Kolum Minda Presiden sering mempergunakan dalil agama dengan konteks yang salah untuk kepentingan PAS.

“Kali ini Hadi cuba menyatakan bahawa Pakatan Harapan (PH) dan pemimpin Melayu (selain dirinya) berbohong. Tuduhan seperti ini cukup berat. Apatah lagi berdalilkan hadis yang tidak kena pada konteks dan tempatnya.

bohong
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mendakwa, tulisan Abdul Hadi di Kolum Minda Presiden sering mempergunakan dalil agama dengan konteks yang salah

“Pembentukan Kerajaan Perpaduan bukan terdorong di atas pembohongan seperti dakwaan Hadi, namun ia adalah demi kepentingan yang lebih besar daripada kepentingan sesetengah kelompok. 

Kerajaan Perpaduan adalah cerminan hasrat rakyat yang mendambakan kestabilan politik setelah tidak ada mana-mana pihak memiliki majoriti mudah membentuk kerajaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Marang itu melabelkan orang Melayu termasuk pemimpinnya yang bekerjasama dengan PH sebagai Melayu yang mudah lupa kerana melanggar prinsip masing-masing untuk bersekongkol membentuk kerajaan.

Katanya, umat  Islam tidak boleh menyokong pembohong, bahkan bukan Islam yang bermaruah juga sama-sama tidak boleh menyokong pembohong.

Mengulas lanjut, Mujahid memberitahu, tindakan Abdul Hadi itu boleh  mendatangkan hadis tentang sifat keji berbohong yang dilarang oleh syariat bagi mewajarkan tuduhan kepada Kerajaan Perpaduan jelas sekali satu tindakan yang melambangkan kelemahan berfikir dan singkat pandangannya. – nasionalkini.my

IMG 20230602 WA0053

Polis tumpas sindiket penipuan online, 11 pekerja direman

WhatsApp Image 2023 06 02 at 9.05.31 PM

KKM alukan penglibatan GP dalam Skim Perubatan Madani