in ,

Jumlah penagih dadah di seluruh negara membimbangkan

358591422 812529683577615 7976333290857387933 n
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gelaja Dadah (JKMD) Bilangan 1 bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

KUALA LUMPUR, 10 Julai – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini melahirkan kebimbangan terhadap tahap penagihan dadah di negara ini apabila anggaran terkini menunjukkan 1,097,408 rakyat negara ini terjerumus ke dalam najis dadah.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berkata, lebih menyedihkan apabila daripada jumlah tersebut, 328,640 adalah berumur 15-29 tahun.

“Malah, dapatan satu kajian oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2020 yang menunjukkan bahawa bagi setiap 100 orang belia di negara ini, enam orang mengaku pernah mengambil dadah, manakala 4 orang mengaku masih aktif mengambil dadah pada tempoh kajian dijalankan.

“Oleh itu, saya memberikan tempoh masa selama tiga bulan kepada KDN dan AADK agar mengusahakan koordinasi di antara beberapa agensi yang berkaitan agar bersama-sama berganding bahu merangka, menyusun inisiatif atau program yang efektif dan bermanfaat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau sebelum itu mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gelaja Dadah (JKMD) Bilangan 1 bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Katanya lagi, beliau berharap dengan langkah ini bagi memastikan gejala dadah dapat dibendung dengan lebih berkesan di samping mengusahakan pemulihan kepada penagih dadah sedia ada. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 07 10 at 1.55.29 PM

KKR atasi kesesakan trafik Melaka persediaan TMM2024

IMG 20230710 WA0047

Agong nasihat ambil langkah berjaga-jaga ketika beriadah