in ,

Berkempen secara berhemah, jangan mendoakan kebinasaan walaupun berlainan fahaman – Mufti Pulau Pinang

mufti
Wan Salim berkata, ahli politik sewajarnya memelihara adab dan akhlak yang baik, tidak mencerca, memaki hamun dan memfitnah terhadap mana-mana individu hanya kerana perbezaan pegangan politik.

GEORGETOWN, 18 Julai – Ahli politik disaran supaya menggunakan pendekata yang berhemah dalam menjalankan kempen bagi menarik sokongan pengundi terhadap parti masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, 12 Ogos depan.

 Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, ahli politik sewajarnya memelihara adab dan akhlak yang baik, tidak mencerca, memaki hamun dan memfitnah terhadap mana-mana individu hanya kerana perbezaan pegangan politik.

“Secara khusus bagi ahli politik beragama Islam diingatkan supaya tidak bersikap ekstrim dan terlalu taksub, tidak mendoakan kebinasaan ke atas sesama saudara seagama walaupun berbeza agama.

“Contoh doa yang dipanjatkan Rasulullah SAW dalam peperangan al-Ahzab bertujuan memohon kepada Allah SWT supaya dimusnahkan sama sekali kaum musyrikin yang berpakat melancarkan serangan secara bersekutu ke atas masyarakat Islam pimpinan Baginda di Madinah, tiada lain tujuannya bagi menghalang mereka daripada menganut agama Islam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menambah sifat Rasulullah SAW adalah berlembut dalam segala urusan dan ia difahami daripada hadis riwayat al-Bukhari yang menyatakan bahawa Baginda adalah seorang yang lembut dan penyayang.

Justeru, tidaklah wajar seseorang yang beragama Islam mendoakan keburukan ke atas saudaranya semata-mata kerana perbezaan fahaman politik .

“Umat Islam sepatutnya mendoakan kebaikan dunia dan akhirat bagi saudara seagama dan untuk kesejahteraan hidup seluruh manusia,” katanya lagi.

Menurut Wan Salim, perbezaan fahaman politik adalah perkara biasa dan tidak sepatutnya memecah belahkan barisan umat Islam sebagai saudara seaqidah. – nasionalkini.my

2242322

Pearly Tan pecah rekod dunia, pukulan badminton terpantas

lra pam lama

Kerja-kerja penggantian pam usang, lama di LRA Pahang mampu jimat elektrik