in

BN Negeri Sembilan harap dapat lima atau enam kuota Exco

jalaluddin N9
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, pelantikan jawatan itu berdasarkan kepada jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri DUN yang dimenangi oleh BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN), baru-baru ini.

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan berharap akan diberi peluang sebanyak lima atau enam kuota dalam memegang jawatan EXCO kerajaan negeri.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri , Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, pelantikan jawatan itu berdasarkan kepada jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN )yang dimenangi BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN), baru-baru ini.

“Keputusan akhirnya akan diperoleh selepas saya mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun,” katanya seperti dilapor Berita Harian, hari ini.

Jalaluddin yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang berkata, nama-nama yang akan diserahkan kepada Menteri Besar untuk dilantik sebagai EXCO terdiri gabungan muka lama dan baharu.

Bagaimanapun katanya, sehingga kini belum dipanggil Aminuddin berhubung pelantikan jawatan EXCO kerajaan negeri.

“Saya tidak pasti bila perbincangan itu akan diadakan, namun percaya ia akan dilakukan dalam minggu ini juga.

“Tiada tempoh ditetapkan bagi perlantikan EXCO, namun bagi memastikan kelancaran pentadbiran kerajaan negeri saya fikir dalam minggu ini juga (EXCO) akan dilantik,” katanya.

Pada PRN lalu, BN menang 14 kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) memenangi 17 kerusi, sekali gus membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga selain Perikatan Nasional (PN) menang di lima kerusi DUN.

Norhidayah pesan Ali Puteh bayar hutang

MOCA sedia jadi tarikan baharu Pahang