in

4 sekeluarga pengsan secara tiba-tiba di Plaza Tol Bentong

pahang 1

BENTONG 24 April  –   Empat sekeluarga berdepan detik mendebarkan apabila dilaporkan pengsan secara tiba-tiba ketika berada di dalam kereta berikutan cuaca panas melampau.

Ketua Polis daerah Bentong, Supritendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira 2.40 petang berlaku di Plaza Tol Bentong, hari ini.

pahang 3
Polis peronda lebuhraya dibantu orang ramai membantu mangs ayang dilaporkan pengsan secara tiba-tiba ketika tiba di Tol bentong, hari ini. Foto: PahangStory

“Kesemua mangsa yang terdiri daripada lelaki dan perempuan dewasa bersama dua kanak-kanak yang dalam perjalanan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dari Tok  Bali Kelantan menuju ke Balakong, Selangor.

“Dipercayai apabila sampai di lokasi kejadian keempat-empat mangsa pengsan lalu kereta yang dipandu melanggar konkrit berhampiran pintu Plaza Tol Bentong.

zaiham
Ketua Polis daerah Bentong, Supritendan Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku disebabkan mangsa kekurangan oksigen di dalam badan kesan cuaca panas melampau. Foto: Astro Awani

“Pihak polis telah memberi bantuan awal kepada mangsa sambil dibantu peronda lebuhraya, orang awam dan pihak Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) sebelum menghubungi pihak hospital,”katanya seperti dipetik PahangStory, hari ini.

pahang 2
Mangsa dalam perjalanan dari Tok Bali, Kelantan menuju Balakong dilaporkan pengsan secara tiba-tiba

Zaiham menambah, kesemua mangsa kemudian dirujuk  ke hospital Bentong untuk rawatan lanjut dan mangsa kemudian berjaya diselamatkan.

Malah, berdasarkan pemeriksaan awal doktor mendapati kesemua mangsa mengalami kekurangan oksigen di dalam badan berikutan cuaca panas melampau. – nasionalkini.my

IMG 20230423 WA0049

Persatuan Kebajikan Artis Legenda Malaysia sedia bantu ahli

ezgif.com webp to jpg

PBB jangka populasi India atasi China hujung bulan ini bukan pertengahan 2023