DELHI, 25 April – India dijangka mengatasi China dan menjadi negara yang mempunyai rakyat paling ramai di dunia hujung bulan ini, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Menurut data baharu menunjukkan populasi rakyat India diramal mencecah 1,425,775,850 hujung bulan April ini
Data berkenaan dilihat berbeza dengan jangkaan PBB minggu lalu yang menyatakan India akan mengatasi populasi China pada pertengahan tahun ini.
Jabatan Ekonomi dan Hal Ehwal Sosial PBB (DESA) dalam kenyataan memaklumkan China akan menyerahkan status sebagai negara yang mempunyai penduduk paling ramai di dunia tidak lama lagi.
Minggu lalu Dana Populasi PBB berkata, India akan mempunyai 2.9 juta lebih ramai daripada pendudukan China pertengahan 2023.
Situasi berkenaan berpunca daripada kadar kelahiran yang berkurangan sejak kebelakangan ini, dengan populasi menurun tahun lalu, kali pertama sejak 1961.
“Namun keadaan itu berbeza pula di India apabila populasi dijangka bertambah dalam beberapa dekad ini,’ katanya.
Bagaimanapun kadar kesuburan di India menurun daripada 5.7 kelahiran bagi seorang wanita kepada 2.2 kelahiran setiap wanita, hari ini. – Agensi