in

Mula dengan minat, kini jadi pilihan

IMG 20230704 224539 800 x 500 pixel
Straits Hill Villa dan Villaku On Eight menjanjikan pengalaman berbeza kepada pelanggan mereka

KREATIVITI dan minat dalam bidang perancangan majlis perkahwinan dan pengacaraan membuka ruang kepada Noraini Ahmad mengusahakan ‘Straits Hill Villa’ dan ‘Villaku On Eight’ sejak lima tahun lalu.

Noraini yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam sektor perhotelan dan hospitaliti mengambil keputusan untuk menyalurkan minatnya itu dengan memulakan perniagaan sendiri.

Perniagaan itu pada awalnya diceburi disebabkan minat dan mencari kepuasan.

Pakej perkahwinan pada kadar yang sangat menarik disediakan kepada pengunjung dan pelanggan

Kini selepas lima tahun, jenama kedua perniagaan miliknya itu sudah menjadi buah mulut orang ramai.

Noraini berkata, tujuan utama dia memperkenalkan konsep ‘Straits Hill Villa’ dan ‘Villaku On Eight’ adalah bagi memastikan pelanggan dan pengunjung merasakan majlis mereka seolah dianjurkan di kediaman mereka sendiri.

Pencahayaan menarik menjadikan Straits Hill Villa dan Villaku On Eight memukau pengunjung

“Kami menawarkan pakej paling menarik kepada pelanggan supaya mereka selesa sepanjang majlis diadakan,” katanya.

Bukan sahaja menyediakan perkhidmatan perancangan perkahwinan semata, tetapi Noraini menawarkan pakej lengkap termasuk pelbagai menu untuk dipilih bersesuaian dengan majlis dianjurkan.

“Masakan tradisional Melayu atau apa sahaja menu yang pelanggan inginkan untuk majlis mereka boleh ditempah dan pasukan katering kami menjanjikan pengalaman sukar dilupakan oleh tetamu apabila mereka menjamu selera di sini,” katanya lagi.

Hiasan dalaman yang mewah dan selesa memberi ketenangan kepada pengunjung dan pelanggan yang menghadiri majlis di Straits Hill Villa dan Villaku On Eight

Lokasi ‘Straits’ dan ‘Villaku’ juga sangat strategik, berada di atas bukit mengadap Pantai Lido dan Selat Tebrau.

“Villa ini asalnya dibina sekitar tahun 1948, ketika Perang Dunia Kedua sudah hampir tamat.

“Saya dan pasukan mengubahsuai villa ini, kita beri sentuhan dan nafas baharu supaya ia tidak kelihatan kurang bermaya.

“Paling utama adalah pemilihan warna dan pencahayaan kerana kedua perkara ini menjadi fokus utama setiap pengunjung ke sini,” katanya.

Menu masakan tradisional Melayu dan moden boleh ditempah pelanggan yang merancang untuk mengadakan majlis mereka di Straits Hill Villa atau Villaku On Eight

‘Villaku’ dan ‘Straits’ bukan hanya boleh menjadi tuan rumah kepada majlis perkahwinan, tapi juga semua jenis majlis mengikut permintaan pelanggan.

Selain itu, inap desa dengan kemasan mewah, romatik dan menenangkan turut disediakan di situ.

Kepada yang ingin menganjurkan acara atau majlis bersejarah dalam hidup mereka, bolehlah berkunjung ke ‘Straits’ dan ‘Villaku’ di Jalan Skudai, Johor Bahru atau melayari laman sosial Facebook https://www.facebook.com/straitshillvilla?mibextid=ZbWKwL atau https://www.facebook.com/villakuoneight?mibextid=ZbWKwL atau Instagram https://instagram.com/straitshillvilla?igshid=NTc4MTIwNjQ2YQ== dan https://instagram.com/villakuoneight?igshid=NTc4MTIwNjQ2YQ== untuk mendapatkan maklumat lanjut. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

20230503 095731

Bersedia hadapi kesan El Nino

WhatsApp Image 2023 07 05 at 1.58.06 PM

Suspek samun wanita diberkas polis, rantai emas ditemukan