in

Minat serupa satukan tiga pemuda

Mohamad Hairul Ashraf Mohd Fadzil, Muhammad Aiman Ahmad Hamidon dan Mohamad Muslim Muhsan, berkongsi minat dalam bidang jurukamera dan juruvideo bebas selain gemar aktiviti berkhemah

BERMULA di media sosial, tiga pemuda menjadi kawan rapat hanya kerana berkongsi minat sama.

Mohamad Hairul Ashraf Mohd Fadzil, 22; Muhammad Aiman Ahmad Hamidon, 23 dan Mohamad Muslim Muhsan, 24 adalah jurugambar dan juruvideo bebas.

Mereka bertiga mula berkenalan melalui laman sosial TikTok tiga tahun lalu.

Selain meminati bidang fotografi, ketiganya juga gemarkan aktiviti ‘outdoor’ iaitu berkhemah.

Mohamad Hairul adalah seorang chef dan jurukamera bebas, manakala Muhammad Aiman pula seorang pempengaruh media sosial dan pencipta kandungan untuk TikTok.

Mohamad Muslim pula sudah beberapa tahun aktif sebagai jurukamera dan juruvideo bebas.

Sejak menjadi kawan, tiga sahabat ini sudah menjadikan beberapa lokasi menarik sebagai tapak perkhemahan mereka.

“Selalunya kami ke Sungai Pasir Mas dekat Sungai Lembing kerana suasana di sini sangat menenangkan,” kata Mohamad Muslim ketika ditemui wakil nasionalkini.my baru-baru ini.

Mohamad Hairul Ashraf Mohd Fadzil, Muhammad Aiman Ahmad Hamidon dan Mohamad Muslim Muhsan, berkongsi minat dalam bidang jurukamera dan juruvideo bebas selain gemar aktiviti berkhemah

Jika tidak ke Sungai Lembing, mereka akan memilih tapak perkhemahan di jeti lama Awana Kijal dekat Kemaman sebagai ‘port’ untuk berehat.

“Sambil berkhemah, kami buat ‘content’ untuk laman sosial masing-masing,” kata Mohamad Hairul.

Bagi Mohamad Muslim pula, dia suka aktiviti berkhemah kerana dapat berada lebih dekat dengan alam semulajadi.

“Paling ‘best’ bila bangun pagi dan kita dapat ‘cuci mata’ dengan pemandangan yang sangat segar, dikelilingi flora dan fauna dan bunyi kicauan burung,” katanya yang gemar menjadikan tapak perkhemahan Tapak Pak Busu dekat Air Terjun Berkelah sebagai lokasi pilihan utama.

Biasanya mereka akan berkhemah untuk tempoh dua hari satu malam, bergantung kepada keadaan cuaca.

Tiga sekawan ini juga sedia menerima tempahan bagi rakaman video untuk media sosial.

“Kalau ada yang nak buat rakaman untuk ‘content’ media sosial, boleh hubungi kami untuk berbincang lebih lanjut,” kata mereka.

Semua hasil kerja tiga anak muda ini boleh dilihat pada akaun media sosial Facebook, Instagram dan TikTok mereka.- nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

1690121536330387 0

Salahuddin Ayub meninggal dunia

Maut dihempap batu ketika lombong emas