in

Waffle ‘simple’ di Sungai Lembing

Kuantan Waffle Station antara lokasi tumpuan pelancong di pekan Sungai Lembing

PEKAN Sungai Lembing adalah antara lokasi bersejarah yang sering menjadi tumpuan pelancong.

Selain menyimpan pelbagai kisah silam berkaitan perlombongan bijih timah, pekan kecil ini juga mempunyai pelbagai daya tarikan lain.

Antaranya adalah kewujudan sebuah kedai menjual waffle yang terletak di South Main Street Sungai Lembing.

Kedai diusahakan Munira Mamat itu sudah bertapak di situ sejak lebih empat tahun lalu.

Hanya menyediakan waffle dengan pelbagai jenis ‘topping’ dan meneruskan kaedah tempah dan ambil, kedai itu masih kekal mencipta nama dalam kalangan pengunjung dan penduduk tempatan.

Waffle bersama aiskrim menjadi pilihan penggemar makanan pencuci mulut setiap kali berkunjung ke Kuantan Waffle Station

“Kaedah tempah dan ambil ini kita perkenalkan ketika zaman perintah kawalan pergerakan (PKP) dulu.

“Jadi saya fikir, ia boleh diteruskan walaupun sekarang dah tak ada PKP, yang penting pelanggan tak perlu tunggu lama, cuma buat pesanan melalui WhatsApp dan tunggu saja bila dah siap, mereka boleh datang ambil,” kata Munira kepada wakil nasionalkini.my ketika ditemui di kedainya.

Dia memberitahu, antara hidangan paling mendapat sambutan adalah waffle biasa yang berharga RM3 dan waffle diisi dengan pelbagai perisa aiskrim yang dijual pada harga bermula RM6.

“Keduanya mempunyai peminat tersendiri dan paling banyak mendapat pesanan daripada pelanggan,” katanya lagi.

Premis itu dibuka dari jam 12 tengah hari hingga jam 7 petang, Isnin hingga Selasa.

Munira hanya mempunyai seorang pekerja bagi membantunya di kedai itu.

“Sukar nak cari pekerja di sini, jadi saya hanya ada seorang saja pembantu.

“Lagipun kami guna kaedah ambil pesanan dan tempah terlebih dahulu, jadi kita boleh maklumkan kepada pelanggan anggaran masa untuk menyiapkan pesanan mereka.

“Pelanggan tak perlu menunggu terlalu lama dan saya fikir ini adalah cara terbaik supaya mereka tidak rasa marah atau kurang puas hati jika lambat siap,” katanya.

Ayam goreng ala Korea turut disediakan di premis itu

Bagi peminat waffle, boleh membuat pesanan dan tempahan mereka melalui aplikasi WhatsApp di talian 014-816 8807.

Selain waffle, Kuantan Waffle Station Sungai Lembing juga mempunyai pelbagai lagi menu menarik.

Pelanggan boleh melihat katalog menu ditawarkan apabila menekan pautan pada nombor WhatsApp disediakan.

Selain itu, Kuantan Waffle Station juga memiliki akaun laman sosial Facebook dan Instagram bagi memudahkan pelanggan mengetahui lebih lanjut mengenai kedai itu.- nasionalkini.my

Rezeki lumayan hasil tanaman jagung

IMG 20230502 WA0005

Bursa Malaysia dibuka tinggi ekori Wall Street