in

Indeks utama kekal lemah

IMG 20230502 WA0005
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Bursa Malaysia diniagakan rendah pada sesi awal dagangan pagi Khamis, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang bercampur-campur selepas Rizab Persekutuan mengambil keputusan melangkau kenaikan kadarnya.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.19 mata kepada 1,381.23 daripada 1,385.42 pada penutupan urus niaga semalam.

Indeks utama itu dibuka pada paras 1,382.96, rendah 2.46 mata.

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan saham rugi mengatasi saham untung 192 berbalas 117, manakala 251 kaunter tidak berubah, 1,724 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 273.80 juta unit bernilai RM96.41 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata walaupun Fed menghentikan seketika kenaikan kadarnya tetapi ia juga memberi isyarat bahawa kenaikan kadar tambahan mungkin berlaku sekiranya perlu untuk mengawal harga.

Beliau berkata, sentimen turut terjejas oleh penyahsenaraian pemaju tanah besar China di tengah-tengah pasaran perumahan yang lemah.

“Namun begitu, percubaan AS baru-baru ini untuk meredakan ketegangan dengan China mungkin memberi harapan untuk menyuntik keyakinan kembali ke dalam sistem kewangan,” katanya kepada Bernama.

Pak Leng berkata, FBM KLCI ditutup tinggi semalam disebabkan aktiviti belian lewat membabitkan saham wajaran tinggi terpilih.-nasionalkini.my

RM420 juta kos untuk PRN

20230503 064357

Pengeluaran KWSP bersasar wajar dibenarkan