in ,

PN tumpu PRN nafi kumpul SD

ezgif.com webp to jpg 14

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Perikatan Nasional (PN) menafikan sedang melakukan usaha untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada hari ini dengan menandatangani akuan bersumpah (SD).

Sebaliknya, Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan, pihaknya mahu menjalankan tanggungjawab sebagai pembangkang yang berwibawa dan mahu memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

PN tidak membuat SD, kita hanya ada 74 kerusi dan istiqamah. Kita sedar perlu menjalankan tanggungjawab sebagai pembangkang yang berwibawa dan ia akan diteruskan.

“Fokus PN  kini  tertumpu persiapan PRN dan ke arah untuk kekalkan kerajaan di Terengganu, Kelantan dan Kedah serta cuba mencari jalan ambil alih Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan,” katanya.

Terdahulu beliau hadir ke Majlis Silaturahim Aidilfitri DUN gombak Setia di taman Selaseh, hari ini.

Mengulas lanjut, Timbalan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)  itu menjelaskan,partinya lebih mementingkan khidmat kepada rakyat dan mahu membuktikan mampu bersama rakyat.

Dalam semangat Syawal ini, kita tak perlu fikir berkenaan perkara itu (ambil alih kerajaan), biar fokus khidmat kepada rakyat dan eratkan silaturrahim. Itu yang perlu dibuat,” katanya. – nasionalkini.my

IMG 20230506 WA0015

Restoran Serambi Emak, hadiah buat arwah ibu

IMG 20230506 WA0236

Agong, Permaisuri berangkat hadiri Pertabalan Raja Charles III