in

Agong, Permaisuri berangkat hadiri Pertabalan Raja Charles III

IMG 20230506 WA0236
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Istiadat Pertabalan Raja Charles lll di Westminster Abbey,

Kuala Lumpur, 6 Mei 2023 – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berangkat menghadiri istiadat pertabalan Raja Charles III, yang berlangsung di Wesminster Abbey,

Seri Paduka berdua tiba di London, pada Rabu bagi mengadakan lawatan khas hingga 14 Mei, atas persilaan rasmi Raja Charles III bagi menghadiri Istiadat Pertabalan baginda sebagai Pemerintah United Kingdom (UK).

Upacara gemilang penuh istiadat tradisi diraja UK itu turut menyaksikan pertabalan Permaisuri Camilla, bermula pada 11 pagi waktu UK (6 petang waktu Malaysia), yang diikuti oleh rakyat England serta masyarakat antarabangsa menerusi siaran televisyen secara langsung dan media sosial.

Memetik Bernama, Al-Sultan Abdullah, yang memakai pakaian istiadat No. 1 tentera sementara Tunku Azizah mengenakan persalinan baju kurung moden berwarna kuning direka khas oleh baginda sendiri untuk istiadat pertabalan baginda berdua pada tahun 2019.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah merupakan Ketua Negara Malaysia yang pertama berangkat menghadiri ke Istiadat Pertabalan Raja UK.

Sempena istiadat pertabalan Raja Charles III, Malaysia turut diwakili dalam perarakan pertabalan besar-besaran yang menyaksikan pembabitan kira-kira 6,000 anggota tentera UK termasuk 400 anggota tentera dari 38 negara Komanwel.

Sejumlah 12 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, bangga diberi penghormatan menyertai perbarisan dan perarakan diraja dengan mempamerkan keterampilan dan mutu kawad terbaik. – nasionalkini.my

ezgif.com webp to jpg 14

PN tumpu PRN nafi kumpul SD

IMG 20230506 WA0063

APM bersiap siaga hadapi bencana El-Nino Dan gempa bumi