in ,

Kenaikan OPR timbulkan persepsi negatif kepada rakyat

umno rosni

KUALA LUMPUR 5 Mei – Pergerakan Wanita UMNO menyifatkan penjelasan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3 Mei lalu kurang difahami rakyat dan terlalu teknikal.

Ketua Penerangannya, Datuk Rosni Zahari berkata, penjelasan berkenaan menimbulkan persepsi negatif kepada rakyat.

“Kesan kenaikan OPR secara agresif yang merupakan kali ke lima sejak Mei 2022 ini menyebabkan kadar bayaran balik pinjaman meningkat secara drastik dan amat membebankan peminjam terutama golongan B40.

Datuk Rosni Zahari 1
Datuk Rosni Zahari menyifatkan penjelasan Kadar Dasar Semalaman (OPR) baru-baru ini dilihat terlalu teknikal dan kurang difahami rakyat

“Wanita UMNO menggesa BNM dan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) memberi penjelasan dalam ‘bahasa mudah’ kepada rakyat berkenaan apakah signifikan bank pusat itu menaikkan OPR sehingga 3 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

katanya, sayap parti itu mendesak BNM memberi jaminan tiada lagi kenaikan OPR dalam masa terdekat dengan mengambil kira nasib rakyat yang sedang bergelut dengan situasi ekonomi ywng kian mencabar.

“Wanita UMNO ingin mencadangkan BNM mengambil jalan tengah dan mempunyai sedikit empati dengan mengarahkan semua bank memberi pengecualian kenaikan ini kepada golongan sasar atau terjejas,” katanya.

BNM membuat keputusan menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3 peratus.

Menurut kenyataan bank pusat itu, ekonomi global terus didorong oleh keadaan permintaan dalam negeri yang berdaya tahan dengan sokongan kepada pasaran pekerja yang teguh serta pemulihan ekonomi China yang lebih kukuh daripada jangkaan. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 05 05 at 6.00.31 PM

Didenda RM8,000, jual pelekat gigi palsu curi dalam Shopee

WhatsApp Image 2023 05 05 at 6.57.09 PM

5G : Penganalisis persoal siapa entiti kedua, penetapan harga runcit