in

Didenda RM8,000, jual pelekat gigi palsu curi dalam Shopee

WhatsApp Image 2023 05 05 at 6.00.31 PM

Yusuf Shafie

MELAKA, 5 Mei – Seorang peniaga nasi lemak didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen Melaka hari ini, atas kesalahan menerima harta curi termasuk pelekat gigi palsu sebelum menjualnya secara dalam talian dua tahun lalu.

Hakim Hakim Darmafikri Abu Adam menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Wan Azrul Affendy Yunos, 48, yang membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan pilihan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati dengan niat curang menerima harta curi keseluruhan berjumlah RM8,000 kepunyaan kedai Watson Taman Paya Rumput Utama, Pasaraya Econsave Lebuh Ayer Keroh, Pasaraya 99 Speedmart Batu Berendam dan Pasaraya Econsave, Sungai Udang.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Ayer Molek Perdana 5, Taman Ayer Molek Perdana pada pukul 1.20 tengah hari 29 Julai 2021.

Ia menjadi kesalahan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang mana sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aliff Asraf Anuar Sharuddin manakala tertuduh diwakili Peguam Lailawati Husain.

Mengikut fakta kes, tertuduh ditangkap di sebuah chalet di Pengkalan Balak, Alor Gajah susulan siasatan pihak polis berkaitan kejadian curi di beberapa pasaraya.

Ketika tangkapan, polis turut merampas pelbagai barangan daripada tertuduh termasuk pelekat gigi palsu, minyak rambut, mentega kacang, ubat gigi, pencuci muka dan pewangi badan keseluruhan bernilai RM8,000.

Hasil siasatan, tertuduh mengaku membeli semua barangan curi sebelum menjualnya secara dalam talian.

Terdahulu, Aliff Asraf dalam hujahannya memohon hukuman setimpal kerana tertuduh mengaku menjual barang curi itu secara dalam talian di Shopee.

Lailawati bagaimanapun memohon tertuduh yang juga bapa kepada dua anak itu dikenakan denda minimum kerana sudah insaf atas kesalahan pertamanya itu.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, Hakim Darmafikri memerintahkan tertuduh didenda RM8,000 atau 12 bulan penjara jika gagal bayar. – nasionalkini.my.

IMG 20230505 183002
umno rosni

Kenaikan OPR timbulkan persepsi negatif kepada rakyat