in

Calon PH Rawang dakwa kereta sengaja dipancitkan oleh pihak tidak bertanggungjawab

WhatsApp Image 2023 07 31 at 9.54.46 PM
Wei Kiat menyedari kejadian itu ketika mahu keluar untuk meneruskan kerja harian.

Oleh Aliah Ramli

RAWANG, 31 Julai – Rutin kempen hari ketiga Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi calon Pakatan Harapan (PH) Rawang, Chua Wei Kiat sedikit tergendala berikutan insiden tayar keretanya dipancitkan.

Wei Kiat yang juga penyandang kerusi berkenaan berkata, dia menyedari kejadian itu ketika mahu keluar untuk meneruskan kerja harian.

Malah, mendakwa tayar keretanya sengaja dipancitkan pihak tidak bertanggungjawab dengan niat jahat.

“Pada mulanya saya ingatkan tayar pancit disebabkan tertusuk paku namun selepas bawa kereta ke bengkel, didapati tiada kesan benda tajam atau paku dijumpai pada tayar.

WhatsApp Image 2023 07 31 at 9.55.20 PM
Kerosakan pada kereta kesan dibaling batu pada PRU15 lalu.

” Jelaslah ia perbuatan yang telah direncanakan oleh seseorang, ” katanya .

Wei Kuat mendakwa  kejadian sedemikian bukanlah kali pertama dihadapinya ketika musim pilihan raya dan pernah berlaku ketika berkempen PRU15  apabila kenderaannya dibaling batu bata.

” Perbuatan jahat dan kotor seperti ini amat tidak matang dan mengecewakan.

“Saya tidak akan menyerah kepada taktik politik yang kotor dan menjijikkan ini,” katanya.

tular fahmi

JAIS siasat isu tular Fahmi berucap di masjid

tahan palestin

10 remaja Palestin jadi mangsa tahanan terbaharu tentera Israel di Ramallah