in

Kampus baharu Universiti Antarabangsa Quest sasar 6,000 pelajar menjelang 2027

sukuk
Pengarah Urusan Perbankan Korporat & Pelaburan Kumpulan BPMB, Mohamed Nazri Omar Dan Pengarah Urusan Kumpulan, Kumpulan QI Kuna Senathirajah ketika majlis tandatangan langganan Sukuk Ijarah di antara BPMB dengan Kumpulan QI, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR, 7 Sept. – Universiti Antarabangsa Quest (QIU) Ipoh, Perak menyasarkan kampus baharu yang dijangka siap 2027 dan mampu menampung kira-kira 6,000 pelajar.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Qi, Datuk Seri Vijay Eswaran berkata, pembinaan kampus di daerah Gunung Lang itu dijangka bermula pada separuh kedua tahun depan.

“Kampus universiti tersebut dijangka akan mengambil masa lebih kurang tiga tahun untuk disiapkan dengan kos pembinaan  dianggarkan di antara RM120 juta hingga RM150 juta di kawasan seluas 4.04 hektar

“Pengembangan universiti akan menyediakan peluang pendidikan lebih besar kepada pelajar termasuk kumpulan yang berpendapatan rendah.

“Lebih daripada itu, ia turut membuka ruang pekerjaan kepada kawasan berdekatan. Inisiatif ini merapatkan jurang antara wilayah yang berbeza di negeri ini dan sekali gus mempu meningkatkan tarikan pelancong dan meningkatkan ekonomi,” katanya.

Mengulas lanjut, pembinaan kampus tersebut diyakini boleh peluang yang sama rata kepada pelajar, di samping menjana prospek pekerjaan di kawasan Gunung Lang.

Justeru, bagi merealisasikan kampus baharu itu, Kumpulan QI telah melancarkan Program Sukuk Ijarah bernilai RM100 juta dengan Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB).

Sukuk Ijarah itu diterbitkan melalui Silver Formula ABS Bhd (SFAB), sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang ditubuhkan untuk melaksanakan urus niaga berkenaan.

Penerbitan sukuk ini adalah sebagai pembiayaan awal untuk pembinaan universiti ini di mana pembiayaan seterusnya akan dilakukan pada masa akan datang.

Buat masa ini, kampus QIU hanya mampu menempatkan 1,000 pelajar sahaja. – nasionalkini.my

iran

Iran kecam negara Islam normalisasi hubungan dengan Zionis Israel

china

China larang penjawat awam guna iPhone ketika bertugas