in

Alumni UUM batch 1985/87 serah RM87,000 sebagai Dana Wakaf Khas

uum 1
Wakil Alumni Ansara, Mohd Nizuaisham Mohd Sanif menyerahkan ‘Mock Cheque’ itu yang disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed dan alumni yang hadir di kampus Sintok, UUM, baru-baru ini.

SINTOK, 7 Ogos – Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (Ansara) Pioneer Batch Matrik Universiti Utara Malaysia (UUM) 1985/87 menyerahkan ‘Mock Cheque’ RM87,000 untuk Dana Wakaf Khas Kepada Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohd Foad Sakdan.

Wakil Alumni Ansara, Mohd Nizuaisham Mohd Sanif menyerahkan ‘Mock Cheque’ itu yang disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed dan alumni yang hadir.

Beliau melahirkan rasa terima kasih atas sumbangan alumni kumpulan pelajar matrikulasi tahun pertama anjuran MARA sesi 85/87 dan juga pelajar UUM sesi Julai 1987 iaitu Batch ke-4 yang menamatkan pengajian di UUM.

Meskipun lebih tiga dekad meninggalkan universiti ini namun tidak melupakannya malah berusaha untuk menyalurkan dana wakaf khas bagi kegunaan mahasiswa di kampus berkenaan.

uum 2
Prof Dr Ahmad Martadha memberi taklimat sempena kunjunganAlumni Ansara ke kampus UMM, Sintok, baru-baru ini.

“Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) telah melantik UUM sebagai Pemegang Amanah (Mutawalli) bagi Tabung Wakaf UUM yang berkuat kuasa dari 01 Jun 2022 dan pelantikan ini juga sebagai Pemegang Amanah bagi membolehkan universiti memungut, melaburkan dana dan menggunakan hasil pelaburan selaras dengan objektif yang dibenarkan di bawah wakaf,” katanya.

Dalam pada itu katanya universiti sentiasa mengharapkan kepulangan alumni ke kampus dan bersama-sama berkongsi kepakaran, peluang pekerjaan dan juga mengharapkan sumber kewangan bagi memperkasakan dan membantu pelajar yang kurang berkemampuan terutamanya.

Sehingga kini jumlah terkumpul Tabung Wakaf UUM, hasil daripada sumbangan orang awam adalah berjumlah RM29,672.50.

Manakala jumlah terkumpul dana wakaf, hasil daripada sumbangan potongan gaji staf sehingga 31 Julai 2023 adalah berjumlah RM39,524.43 dan menjadikannya jumlah terkumpul terkini sebanyak RM69,196.93.

Walaupun setakat ini universiti masih belum menggunakan dana wakaf ini secara khusus namun UUM sedang mempertimbangkan pilihan pelaburan bagi mendapatkan pulangan agar dapat digunakan bagi keperluan pelajarnya.

Sementara itu Prof Dr Ahmad Martadha berharapkan sumbangan berkenaan dapat mencetuskan satu fenomena untuk menarik minat lebih ramai alumni mengikut Batch, Pusat Pengajian dan Inapan Siswa kembali kepada alma meter mereka, khususnya kepada pelajar dari golongan B40 atau miskin.

Turut hadir di majlis ini ialah Pengarah Jabatan Strategik dan Pembangunan Perniagaan, Prof Madya Sr Dr Mohamed Sukeri Khalid dan Pengarah Pusat Islam UUM, Prof Madya Dr Mohamad Khadafi Rofie. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 05 09 at 9.19.03 PM

 Harga jalur lebar akan lebih murah, bulan depan

Ahmad Faizal Azumu Bersatu

Walaupun terikat akta tapi boleh tukar kerajaan