KUANTAN, 25 Ogos – Penduduk di kawasan perumahan makmur, Taman Seri Damai Jaya (SDJ), dekat sini, memohon sumbangan bagi membina surau baharu.
Surau itu adalah bagi memberi kemudahan kepada penduduk di situ melaksanakan solat jemaah dengan lebih selesa.
Selain itu, surau berkenaan juga akan berfungsi sebagai tempat penduduk menjalankan aktiviti komuniti.
Penasihat jawatan kuasa penaja surau berkenaan, Sayuti Osman berkata, pihaknya memerlukan RM220,000 bagi tujuan pembinaan surau itu.
“Setakat ini kita hanya menerima sumbangan berjumlah RM11,000 daripada penduduk setempat dan orang ramai.
“Jadi kita berharap orang ramai dapat bersama menyumbang kepada pembinaan surau ini,” katanya.
Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian dengan melakukan pindahan wang ke akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 0600 1411 0007 6313 atas nama Surau SDJ.
Mereka juga boleh menghubungi Sayuti di talian 019-9887822 untuk mendapatkan maklumat lanjut.- nasionalkini.my