in

Skuad B-23 gagal mara ke final

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Skuad bawah 23 (B-23) tahun negara tidak berjaya mencapai sasaran ke final Piala AFF B-23 apabila tewas 1-4 kepada Vietnam dalam aksi separuh akhir lewat petang tadi.

Beraksi di Stadium Rayong Provincial, Thailand, pintu gol skuad kendalian E Elavarasan bocor pada minit kelapan menerusi ledakan Dinh Xuan Tien.

Nguyen Quoc Viet kemudian menyumbang gol kedua pada minit ke-32 sebelum Xuan Tien menambah jaringan ketiga Vietnam ketika babak pertama berbaki seminit.

Harimau Muda B-23 berjaya merapatkan kedudukan empat minit selepas bersambung babak kedua hasil jaringan Alif Ikmalrizal Anuar.

Impian skuad negara untuk bangkit bagaimanapun diranapkan dengan jaringan keempat Vietnam menerusi Nguyen Hong Phuc yang menyudahkan umpanan Bui Vi Hao pada minit ke-85.

Untuk rekod, skuad negara mara ke separuh akhir selaku juara Kumpulan B selepas menewaskan Indonesia 2-1 dan mengatasi Timor Leste 3-1.- nasionalkini.my

SPM mula 5 Disember

kuips 2 1

42 kakitangan KUIPs terima APC daripada Canselor