in

Kuih bakar Kampung Bentan jadi buruan

Gerai Kueh Bakar Warisan Tradisonal Mokna yang diusahakan Mohd Amin Khirull dan Saliza di Kampung Bentan, Pekan menjadi tumpuan pelanggan dari dalam dan luar Pahang

MENGGUNAKAN resepi keluarga sejak turun temurun, kuih bakar dijual di Kampung Bentan, dekat Pekan memang memiliki keistimewaan tersendiri.

Diusahakan pasangan suami isteri, Mohd Amin Khirull Anuar dan Saliza Hanis Abu Bakar, gerai itu sentiasa menjadi tumpuan pelanggan.

Kueh Bakar Warisan Tradisional Mokna itu juga beroperasi berhampiran Pantai Air Leleh dan Tanjung Selangor, yang menjadi antara destinasi pilihan ramai bersantai di hujung minggu.

“Tapi kami hanya dibuka pada hari Sabtu dan Ahad sahaja,dari jam 11 pagi hingga 4 petang, sebab hari lain kami berdua ada kerja tetap.

“Jadi, kalau nak datang, kena datang hujung minggu,” kata Saliza ketika ditemui wakil nasionalkini.my baru-baru ini.

Gerai Kueh Bakar Warisan Tradisonal Mokna yang diusahakan Mohd Amin Khirull dan Saliza di Kampung Bentan, Pekan menjadi tumpuan pelanggan dari dalam dan luar Pahang

Saliza berkata, kedai kuih bakar itu menawarkan pelbagai jenis kuih tradisional Melayu antaranya akok, bingka kelapa dan semestinya kuih bakar yang menjadi pilihan utama pelanggan.

“Kebanyakan pelanggan kami adalah dalam kalangan penduduk sekitar, tapi ada juga yang datang dari luar daerah Pekan.

“Tapi ada juga pelanggan dari Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Perak yang pernah singgah membeli kuih di sini,” katanya lagi.

Gerai Kueh Bakar Warisan Tradisonal Mokna yang diusahakan Mohd Amin Khirull dan Saliza di Kampung Bentan, Pekan menjadi tumpuan pelanggan dari dalam dan luar Pahang

Dia juga memaklumkan kuih bakar tradisional dihasilkan boleh ditempah untuk majlis keraian dan majlis rasmi.

Mereka yang mahu melihat lebih dekat jenis kuih ditawarkan di gerai itu boleh melayari laman sosial Facebook Kuih Bakar Tradisional Mok Kawan (Mokna).- nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

6 maut letupan bom jelang hari Asyura

Penyokong Man United desak Glazer berundur