in

Aiskrim Myra terapi rasa di musim panas

Pelbagai perisa aiskrim dijual di Aiskrim Myra yang terletak di Jalan Utama Bukit Setongkol, Kuantan

KEADAAN cuaca tidak menentu memang memeritkan tekak dan mudah membuat kita rasa haus dan dahaga.

Sebagai alternatif biasanya kita akan mencari penyelesaian segera dengan menikmati produk yang boleh menyejukkan suhu seperti aiskrim.

Dan penyelesaian itu boleh ditemui di jalan utama Bukit Setongkol, dekat Kuantan.

Pelbagai perisa aiskrim dijual di Aiskrim Myra yang terletak di Jalan Utama Bukit Setongkol, Kuantan

Jika mencari aiskrim pelbagai perisa, Aiskrim Myra adalah antara pilihan yang anda ada.

Menggunakan slogan ‘Aiskrim Simple’, harganya juga berpatutan, bermula RM1 anda sudah boleh memilih aiskrim Malaysia pelbagai rasa.

Kedai itu diusahakan Muhammad Hariz Abdul Muti.

Dia juga adalah pemilik Terapi Bina Enterprise.

Pelbagai perisa aiskrim dijual di Aiskrim Myra yang terletak di Jalan Utama Bukit Setongkol, Kuantan

“Nama kedai ini – Aiskrim Myra adalah sempena nama adik bongsu, anak kesayangan keluarga kami,” kata Muhammad Hariz ketika ditemui wakil nasionalkini.my baru-baru ini.

Selain menjual aiskrim Malaysia, kedai itu turut menawarkan pelbagai lagi aiskrim kon dan roti.

Dia memberitahu, perniagaan itu dimulakan dengan modal RM20,000 hasil simpanan dan bantuan keluarganya.

Pelbagai perisa aiskrim dijual di Aiskrim Myra yang terletak di Jalan Utama Bukit Setongkol, Kuantan

“Ini adalah pelaburan kami, sebagai sumber pendapatan lain kerana saya juga melakukan kerja berkaitan pembinaan, khidmat memeriksa kecacatan bangunan atau pembinaan rumah baharu,” katanya lagi.

Aiskrim Myra beroperasi dari jam 10 pagi hingga 6 petang dan dibuka setiap Isnin hingga Sabtu.

Mereka juga mempunyai laman sosial Instagram bagi memudahkan peminat aiskrim memilih perisa kegemaran mereka.- nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

Sinead O’Connor meninggal dunia

Pencen ilat penyambung nyawa