in

Bermula dengan hobi kini mampu jana pendapatan

athirah kek 1
Athirah kini tidak menyangka usahanya sekadar mengisi mas alapang memberi peluang untuk menjana pendapatan dengan menjual kek buatan sendiri

KUANTAN, 5 Ogos – Bermula dengan hobi semata-mata namun kini dia tidak menyangka usaha yang dilakukan di rumah itu mampu menjana pendapatan.

Ini kerana Athirah Shahran yang mulanya sekadar mengisi masa lapang membuat pelbagai jenis kek, tart dan juga pencuci mulut sebagai ‘hiburan’ kepadanya selepas tamat pengajian di UiTM.

kek 6
Kek Batik Athirah yang sentiasa mendapat sambutan hebat peminat.

Usaha  gadis manis yang kini berusia 24 tahun itu mengusahakan kek dilakukan ketika menunggu tawaran kerja yang bersesuaian.

Bagaimanapun, kini semuanya berubah apabila graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmatan Makanan dari UiTM ini tidak menang tangan menerima pelbagai tempahan kek setiap hari.

kek 4
Pelbagai jenis kek dan pencuci mulat yang dihasilkan Athirah setiap hari

“Selepas tamat pengajian di UiTM sambil mencari kerja yang bersesuaian, jadi saya habiskan masa lapang dengan membuat kek dan berkongsi di Instagram.

kek 5
Antara kek yang sering ditempah khas oleh peminat dan mendapat sambutan hebat

“Namun tidak menyangka ada peminat yang tersendiri dan cuba menghubungi untuk membeli sebelum kembali menempah semula,” ujarnya kepada nasionalkini.my

Menurutnya dia memanfaatkan media sosial sebagai platform untuk berkongsi hasil air tangan dan tidak menyangka mempunyai peminat tersendiri.

Tambahnya lagi, ada yang membuat tempahan kek dan pencuci mulut untuk majlis tertentu.

Kini Athirah selesa dengan dunia pembuatan kek dan tidak menang tangan menerima tempahan meskipun hanya beroperasi di media sosial.

kek 3
Athirah mengakui memberi kepuasan berganda kepadanya apabila pembeli kembali membuat tempahan hasil air tangannya

“Antara kek yang paling mendapat sambutan pada masa ini kek chocolate moist,  batik ganache, matcha dan cheese tart biscoff, nutella dan chocolate ganache,” katanya

“Apa yang saya lalui kini memberi kepuasan kepada saya apabila peminat kembali membeli kek atau tart hasil air tangan saya,” ujarnya.

Bagi yang berminat dengan kek bolehlah singgah di Instagramnya @athirahdesserthouse untuk sebarang pertanyaan dan tempahan. – nasionalkini.my

lesen

JPJ bakal laksana pembayaran pembaharuan lesen, cukai jalan secara talian

Ubah tarikh jual tiket Pestabola Merdeka