in

Nenek, cucu diarah pindah susulan insiden cerun runtuh

WhatsApp Image 2023 07 07 at 10.39.27 PM 1
Hujan lebat petang tadi mengakibatkan berlaku insiden runtuhan cerun berhampiran Taman Lipis Fasa 2, dekat Kuala Lipis.

KUANTAN, 7 Julai – Hujan lebat petang tadi mengakibatkan berlaku insiden runtuhan cerun berhampiran Taman Lipis Fasa 2, dekat Kuala Lipis.

Kesan runtuhan cerun itu dipercayai berpunca kerja tanah di bahagian atas bukit bersebelahan taman perumahan itu.

Pusat gerakan operasi (PGO) Bomba Pahang menerima laporan mengenai kejadian terbabit jam 6.30 petang.

Sebuah jentera bersama tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lipis dihantar ke lokasi kejadian sebaik laporan diterima.

WhatsApp Image 2023 07 07 at 10.39.28 PM
Pasukan bomba mengarahkan pemilik kediaman di taman berkenaan mengosongkan kediaman berikutan keadaan yang berisiko dan tidak selamat. – Ihsan Bomba Pahang

Komander operasi memaklumkan kesan runtuhan cerun itu berisiko dan boleh membahayakan penduduk taman perumahan berkenaan.

“Kita juga sudah mengarahkan pemilik kediaman di taman itu bersiap sedia mengosongkan kediaman mereka jika perlu.

“Pemantauan masih dilakukan pasukan kami memandangkan terdapat aliran air di kawasan runtuhan itu,” katanya.

Difahamkan terdapat jentera berat jenis Excavator di bahagian bukit berdekatan taman terbabit.

Jentera itu dipercayai digunakan bagi kerja pembaikan lereng bukit itu.

“Pihak kami juga sudah meminta bantuan daripada agensi berkaitan bagi melakukan penilaian risiko susulan kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Bomba Pahang, Zulfadli Zakaria memaklumkan, seorang warga emas dan cucunya yang menetap di taman itu sudah diminta mengosongkan kediaman mereka.

“Wanita warga emas dan cucu lelakinya berpindah ke rumah ahli keluarga mereka yang menetap di kawasan berhampiran,” katanya. – nasionalkini.my

azizah

Dr Wan Azizah terima Anugerah Felo Kehormat Akademi Perubatan Malaysia daripada Sultan Perak

IMG 20230708 071914 800 x 500 pixel

KL City, TFC sekadar seri