in ,

Dr Wan Azizah terima Anugerah Felo Kehormat Akademi Perubatan Malaysia daripada Sultan Perak

azizah
Sultan Nazrin Shah (right) mengurniakan Anugerah Felo Kehormat Akademi Perubatan Malaysia (AMM) kepada Wan Azizah. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR, 7 Julai -Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerima Anugerah Felo Kehormat Akademi Perubatan Malaysia (AMM) yang disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini.

 Penganugerahan itu diadakan pada Kongres Perubatan Malaysia-Singapura ke-56 sempena Kongres Antarabangsa MyWoman 2023 yang diperkenan dirasmikan oleh Sultan Nazrin di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Wan Azizah semasa menyampaikan Syarahan Tun Ismail ke-24 bertajuk Pasca COVID-19: Kesihatan Mental Dalam Kalangan Wanita di Malaysia, berkata laporan Persatuan Kesihatan Mental Malaysia dikeluarkan pada Oktober 2020 menyatakan insiden penyakit mental dalam kalangan rakyat Malaysia meningkat dua kali ganda semasa pandemik COVID-19.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata, prejudis dan diskriminasi terhadap individu yang menghidap penyakit mental menyebabkan golongan ini dipinggirkan dalam masyarakat dan senario itu boleh membawa kepada keburukan.

Katanya, dianggarkan hanya 20 peratus rakyat Malaysia yang menghidap penyakit mental mempunyai akses kepada penjagaan profesional disebabkan stigma sosial,” kata pakar oftalmologi tersebut.

Beliau juga terkejut mendengar laporan mengenai individu-individu terkenal yang membunuh diri.

“Kita fikir mereka sangat berjaya, namun ada sesuatu yang disembunyikan dan kita tidak mahu sehingga keadaan sebegitu terjadi,” katanya.

Justeru, Dr Wan Azizah turut menggesa semua pihak untuk membantu mempromosikan perkhidmatan yang menyediakan sokongan psikologi emosi dan kaunseling seperti Talian Kasih 15999 dan Talian Heal 15555.

Beliau pada masa sama sempat berkongsi pengalaman peribadi apabila terpaksa berhenti menjadi doktor, perubahan yang dialaminya daripada seorang isteri timbalan perdana menteri sehinggalah beliau memasuki arena politik. – nasionalkini.my

JAIS ABDUL KARIM

Wujud unit pengisytiharan harta bebas: MCW

WhatsApp Image 2023 07 07 at 10.39.27 PM 1

Nenek, cucu diarah pindah susulan insiden cerun runtuh