in

Apek batu nisan sambung legasi bapa

Kuah Leong Chuan atau lebih dikenali dengan panggilan Apek batu nisan sangat terkenal dalam kalangan penduduk Kuala Selangor - Gambar oleh Sinar Harian

SEBUT sahaja Apek batu nisan, pasti ramai mengenali beliau.

Kuah Leong Chuan berusia 68 tahun dan menetap di Kuala Selangor, Selangor, ialah seorang pengukir batu nisan granit bertulisan jawi.

Beliau satu-satunya lelaki berketurunan Cina menulis jawi di atas batu nisan granit ditempah oleh orang Muslim.

Pada awalnya, dia sendiri tidak kenal huruf jawi, tetapi dia mula belajar mengukir pada usia 17 tahun bagi mewarisi pekerjaan itu daripada bapanya.

Leong Chuan mengakui pada mulanya beliau sendiri tidak berminat dengan pekerjaan mengukir batu nisan.

Hasil kerja Leong Chuan mendapat tempahan pelanggan dari dalam dan luar Selangor – Gambar oleh Sinar Harian

Tetapi disebabkan tiada peluang pekerjaan lain ketika itu, beliau membantu bapanya mengukir batu nisan.

Siapa sangka daripada sekadar membantu, kini dia sudah lebih 50 tahun beliau bergelumang dengan kerjaya yang jarang disertai orang Melayu sendiri.

Bercerita lanjut kepada Sinar Harian, Leong Chuan berkata, pada mulanya, beliau meminta pelanggan menulis di atas kertas nama serta maklumat arwah sebelum dia meniru perlahan-lahan tulisan tersebut.

Belajar tulisan jawi dari tulisan pada kertas

Lama-kelamaan beliau boleh menulis sendiri tulisan jawi tanpa meniru tulisan pelanggan.

Kebanyakan ukiran batu nisan ditempah oleh orang Muslim dari dalam dan luar Malaysia.

Kebiasaannya batu nisan yang ditempah mengambil masa tiga hingga lima hari untuk disiapkan dan harga bergantung kepada saiz.

Pada awalnya Leong Chuan meminta pelanggan menulis di atas kertas sebelum menirunya dan kini dia sudah mahir menulis tulisan Jawi – Gambar oleh Sinar Harian

Apabila batu nisan sudah siap, beliau akan meminta maklumat si mati iaitu nama, tarikh lahir dan tarikh meninggal.

Teknik ukiran yang digunakan masih lagi menggunakan cara tradisional iaitu menggunakan tangan dan tulisan jawi yang diukir pada batu nisan.

Mahir selepas beberapa ketika memerhati tulisan jawi

Hanya nama si mati sahaja yang ditulis menggunakan rumi dan tulisan lain menggunakan jawi.

Beliau mementingkan soal kemahiran untuk menyiapkan batu nisan yang diukir olehnya.

Batu granit yang diukirnya menjadi batu nisan, beliau sendiri akan memecahkannya menjadi batu nisan sebelum diukir.

Dahulunya beliau dan abangnya yang meneruskan usaha ini, tetapi kini hanya tinggal beliau seorang meneruskan warisan keluarga itu. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

KL City, TFC sekadar seri

20230513 101921

Lelaki rentung dalam kebakaran