in

Polis kesan 5 pemandu Lamborghini

IMG 20230729 192441 800 x 500 pixel
Tangkap layar video tular aksi sekumpulan pemandu Lamborghini yang memandu secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya lain

KOTA TINGGI, 29 Julai – Polis sudah mengenalpasti dan akan memanggil lima pemandu kereta mewah jenis Lamborghini yang dikesan memandu secara melulu dan berbahaya di Lebuhraya Senai-Desaru baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, kesemua lima pemandu dan kenderaan masing-masing berjaya dikesan menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh orang awam semalam.

Beliau berkata, rakaman video berdurasi 71 saat itu mendapati konvoi kereta mewah berkenaan dipandu dalam keadaan berbahaya dengan memotong kenderaan lain secara melulu sehingga boleh menyebabkan kemalangan.

“Aksi memandu kereta secara berbahaya itu didapati dilakukan di Lebuhraya Senai-Desaru dan pergerakan kenderaan adalah dari Senai menghala ke Bandar Penawar kerana dikatakan terlibat dalam satu program di sana.

“Aksi tersebut dirakamkan orang awam dan dimuat naik ke laman facebook ‘Jabatan Netizen Negara’ semalam, sekitar jam 9.13 malam.

“Susulan rakaman video tesebut, polis telah berjaya mengesan kesemua kenderaan terbabit yang berada di Desaru pada jam 11.40 pagi Sabtu, selain mengenal pasti kesemua pemandu lelaki terlibat,” katanya lapor Sinar Harian.

Dalam pada itu, Hussin berkata, kesemua pemandu terbabit yang dianggarkan berusia dalam lingkungan 44 hingga 64 tahun telah dikesan dan akan dipanggil untuk diambil keterangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan.- nasionalkini.my

IMG 20230729 183719 800 x 500 pixel

Mohd Amar punca Nik Abduh tak jadi calon

IMG 20230729 201401 800 x 500 pixel

KL City belasah Kelantan TRW