KUALA LUMPUR, 18 Mei – Tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang cuba menggugat keharmonian dengan menyentuh hal berkiatan 3R iaitu race (bangsa), religion (agama) dan royalty (raja) di negara ini.
Jaminan berkenaan diberikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani sambil menegaskan satu pasukan siasatan khas dikenali sebagai Pasukan Siasatan Khas 3R telah diwujudkan Mac lalu bagi menangani isu terbabit.
“Ini sangat mustahak, PDRM memandang serius kes 3R khususnya yang ditularkan media sosial khususnya hantaran dibuat menyentuh isu raja, agama dan perkauman
Siasatan kes-kes membabitkan 3R akan dilakukan dengan pantas bagi menjamin keharmonian masyarakat di negara ini.
“Apabila berlaku kes seperti ini kita ambil tindakan pantas untuk menyiasat dalam memastikan agar pelaku dikesan dan dikenakan tindakan sewajarnya,” katanya .
Beliau berkata demikian ketika hadir ke Program Hi-Tea KPN bersama media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.
Mengulas lanjut mengenai isu penggunaan kalimah Allah, beliau yakin kerajaan mampu menyelesaikan dan tangani permasalahn ini dengan baik.
“Kita serahkan kepada pihak kerajaan untuk menyelesaikan perkara ini kerana saya percaya akan ada satu taklimat kepada Majlis Raja-Raja,” ujarnya lagi.- nasionalkini.my