in

Blackpink pecah rekod sendiri

IMG 20230602 090653 6 x 4 inch
Blackpink merekodkan jualan tiket berjumlah AS$19.4 juta (RM89.5 juta) untuk konsert jelajah dunia 'Born Pink' di Amerika Utara, Eropah dan Asia - Gambar oleh Agensi

KUMPULAN K-pop popular, Blackpink berjaya mencipta rekod tersendiri apabila memperoleh jumlah kutipan tiket tertinggi dalam sejarah penganjuran sesebuah konsert.

Jumlah kutipan berjaya dicatatkan adalah sebanyak AS$19.4 juta (RM89.5 juta) menerusi penjualan tiket konsert jelajah dunia, Born Pink di Amerika Utara, Eropah dan Asia.

Secara puratanya, jumlah diperoleh menjadikan hasil penjualan tiket konsert untuk satu malam sahaja mencatatkan kutipan sebanyak AS$9.9 juta (RM45.7 juta)

Kejayaan dicatatkan Blackpink sekali gus berjaya memadam rekod sebelum ini dipegang kumpulan muzik terkenal Britain, Spice Girls selama hampir 30 tahun.

Peminat kumpulan dianggotai Lisa, Jennie, Rose dan Jisoo itu turut berkongsi rasa teruja dan gembira atas kejayaan yang dicapai Blackpink yang menjadi kumpulan kegilaan peminat di serata dunia. – nasionalkini.my

IMG 20230602 083025 6 x 4 inch

Biden tersungkur di pentas konvokesyen

IMG 20230602 095302 6 x 4 inch

Atasi sakit sendi dengan senaman