in

Bandi tak kisah digelar gila

IMG 20230813 200243 800 x 500 pixel

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Vokalis kumpulan Amuk, Bandi masih belum mahu meninggalkan imej bertopeng yang dibawa sejak 25 tahun lalu.

Selain menolak permintaan berbuat demikian, Bandi atau nama sebenar, Nasabandi Jumat berkata, topeng dipakai bukan sekadar imej, tapi satu perjuangan.

“Sebenarnya, bukan mudah untuk saya perjuangkan imej ini.

“Pelbagai tohmahan diterima termasuk dianggap gila dan tidak siuman ketika tampil dengan imej bertopeng pada awal kemunculan dahulu.

“Topeng ini sudah sebati dengan saya dan masyarakat juga mengenali Bandi dengan imej bertopeng.

“Saya ikhlas perjuangkan sejak dahulu lagi.

“Bukan apa, saya suka dan mahu tampil berbeza.

“Alhamdulillah, selepas lebih dua dekad, saya masih diterima,” katanya kepada BH.

Bandi Amuk

Bandi menegaskan, dia tidak akan sesekali menanggalkan topeng ketika menjayakan persembahan termasuk meletakkan syarat sekiranya mahu dirinya terbabit dalam apa sahaja penggambaran.

“Dalam lakonan, saya memang letakkan syarat iaitu mesti pakai topeng walau apa sahaja watak diberikan.

“Saya pentingkan perkara ini dan tak mahu ubah apa-apa.

“Rugi saya buka topeng kerana wang ringgit.

“Bagaimanapun, saya lega semua watak yang dilakonkan tidak perlu membuka topeng,” katanya lagi.- nasionalkini.my

IMG 20230813 194636 800 x 500 pixel

Tuisyen KAMI di KRT Sri Serdang

IMG 20230814 072919 800 x 500 pixel

Chelsea, Liverpool sekadar seri