CALIFORNIA, 18 Jun – Apabila anda selesai menghabiskan ayat ini, Max Park sudahpun berjaya menyelesaikan permainan kiub rubik.
Legenda ‘speedcubing’ itu memecahkan rekod terpantas dengan menyelesaikan kiub 3x3x3 pada acara Pride in Long Beach 2023 di Amerika Syarikat, semalam.
Menurut Guinness World Record, Max, 21, menyelesaikan kiub dalam masa 3.13 saat, mengurangkan 0.34 saat daripada rekod sebelumnya yang dibuat oleh pemain China, Yusheng Du pada 2018.
Memetik laporan CNA, sebelum ini, masa terpantas dicatat Max ialah 3.63 saat.
“Ketika itu semua orang tergamam walaupun sudah tahu dia berjaya memecahkan rekod itu.
“Kelompok pemain kiub sangat teruja. Semua orang benar-benar menunggu untuk melihat siapa yang akan memecahkan rekod itu.
“Apabila Max melakukannya, saya rasa semua orang sangat gembira kerana ia seperti ‘creme de la creme’ yang mana apabila kiub 3x3x3 dipecahkan, seluruh komuniti kiub tahu,” menurut bapa Max.
Istimewanya Max adalah individu autisme dan menjadi terapi yang baik untuknya.
“Ada masanya Max tidak boleh membuka botol air, tetapi dia menunjukkan minat untuk menyelesaikan kiub rubik,” menurut ibu bapanya.
Menurut Guinness World Record, Max adalah duta rasmi untuk rubik, memegang hampir semua rekod kepantasan.
“Dia memegang kedua-dua rekod penyelesaian tunggal dan penyelesaian purata untuk kubid 4x4x4, kubid 5x5x5, kubid 6x6x6 dan kubid 7x7x7,” kata laman web itu.
Apabila Max mencatatkan rekod tunggal 7x7x7 dengan masa satu minit dan 40 saat, pemain veteran Erik Akkersdijk menyifatkan ia sebagai perkara paling mengagumkan yang pernah dilihatnya.
Mengenai rekod baharunya, bapanya berkata, ramai peminatnya dari ‘The Speed Cubers’ , sebuah dokumentari Netflix 2020Park muncul, menghubunginya dan sangat gembira untuknya. – nasionalkini.my