in

Kira-kira 120,000 penuhi Masjid al-Aqsa untuk solat sunat Aidilfitri

aqsa solat

BAITULMAQDIS 22 April –  Kira-kira 120,000 umat Islam mengambil peluang menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur, kawasan yang dikawal oleh rejim Zionis. hadir menunaikan solat di Masjid al-Aqsa.

Sejak awal pagi, umat Islam Palestin dari semua peringkat umur menuju memenuhi ruang kawasan Masjid al-Aqsa yang menjadi tempat suci ketiga bagi umat Islam.

Dalam kenyataan bertulis Pentadbiran Wakaf Islam Baitulmaqdis memaklumkan, kira-kira 120,000 penduduk mengmbil peluang menunaikan solat di masjid al-Aqsa.

Sejurus selepas solat kelihatan mereka saling bermaaf-maafan dan berpeluk antara satu sama lain.

Suasana tenang berbeza dengan awal bulan ini, yang menyaksikan ketegangan meningkat selepas tentera pengganas Israel menyerbu al-Aqsa dan mengusir jemaah  terutama penduduk Palestin.

Lebih menyedihkan mereka memukul dan mengusir dengan kejam golongan berkenaan.

Sementara itu, seorang rakyat Turkiye, Mustafa Guleren berkongsi rasa teruja kerana berpeluang secara aman untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Lebih indah katanya berpeluang menghabiskan hari-hari terakhir bulan Ramadan dengan mendekatkan diri dengan Allah di Masjid al-Aqsa.

Palestin sejak dulu berpandnagan, negara haram itu bertungkus-lumus bekerja secara sistematik untuk meng-Yahudikan Baitulmaqdis, lokasi menempatkan Masjid al-Aqsa terletak bagi melenyapkan identiti Arab dan Islam.

Masyarakat Islam Palestin dan beberapa negara Arab meraikan smabutan Aidilfitiri pada 21 April 2023. – nasionalkini.my

bas loncat 2

Demi balik kampung di Aidilfitri sanggup naik ‘bas loncat’

WhatsApp Image 2023 04 22 at 3.44.36 PM

3,000 jemaah masjid di Jerantut solat sunat Aidilfitri 2 kali kerana kekhilafan imam lupa bertakbir