in ,

3,000 jemaah masjid di Jerantut solat sunat Aidilfitri 2 kali kerana kekhilafan imam lupa bertakbir

WhatsApp Image 2023 04 22 at 3.44.36 PM
Sebahagian kanak-kanak menerima duit raya yang disumbang oleh Masjid Tengku Mahkota Abdullah hari ini. Foto : Astro Awani

KUALA LUMPUR 22 April – .Kira-kira 3,000 jemaah masjid di Jerantut terpaksa menunaikan solat sunat Aidilfitri dua kali apabila imam yang mengimamkan solat berkenaan terlupa membaca takbir.

Kejadian tersebut  berlaku di Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut apabila imam berkenaan terlupa bertakbir selama lima kali di rakaat kedua.

Selepas memberi salam, imam terbabit menyedari kekhilafannya dan meminta semua jemaah untuk mengulangi solat sunat itu kali kedua.

masjidd abdulah
Imam menyedari kekhilafannya dan meminta kepada semua jemaah untuk mengulangi solat sunat itu kali kedua.

Seorang jemaah, Rosman Hashim berkata, imam berkenaan mengakui dengan memaklumkan kekhilafannya semasa solat sunat itu melalui pembesar suara dan meminta untuk mengulangi solat sunat Aidilfitri.

“Alhamdulillah, solat sunat Aidilfitri yang diadakan semula berjalan lancar tanpa sebarang masalah dalam kalangan kariah masjid ini,” katanya seperti dipetik Awani.com hari ini. – nasionalkini.my

aqsa solat

Kira-kira 120,000 penuhi Masjid al-Aqsa untuk solat sunat Aidilfitri

mb trg

Perbezaan politik tidak halang Terengganu realisasikan Rumah Terbuka Malaysia Madani