in ,

1,430 ANGGOTA KOSMA TERIMA DIVIDEN RM30.4 JUTA

340160394 1156960201665923 7100238820339667750 n
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika pengumuman Dividen Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) Tahun 2022

KUANTAN : Seramai 1,430 anggota Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) akan menerima agihan dividen berjumlah RM30.4 juta sebagaimana yang telah diumumkan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Wisma Sri Pahang.

Menurut Wan Rosdy, selain pengagihan dividen, pihak KOSMA turut membuat pembahagian keuntungan unit ladang berjumlah RM30.2 juta di mana setiap unit akan memperoleh RM6,500.

Beliau berkata, berdasarkan perolehan atau hasil sektor perladangan untuk tahun 2022, KOSMA mencapai hasil pendapatan berjumlah RM237 juta berbanding RM 222 juta pada tahun 2021.

340618965 776226130687559 7579890260057407527 n
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

“Keuntungan bersih KOSMA pada tahun 2022 berjumlah RM84 juta berbanding RM74 juta pada tahun 2021. Keuntungan ini memberi manfaat kepada 1,430 anggota koperasi.

“Oleh yang demikian, adalah dicadangkan bayaran dividen sebanyak 55 peratus akan dibayar kepada semua anggota yang layak pada tahun 2022.

“Bayaran ini melibatkan Bayaran Pendahuluan 10 peratus yang akan dibayar secara berperingkat bermula 13 April 2023 serta keuntungan Unit Ladang sebanyak RM6,500 seunit yang akan dibayar penuh mengikut unit yang dimiliki oleh anggota,” katanya.

2158653

Jamal nafi dakwaan sogok perwakilan

WhatsApp Image 2023 04 12 at 7.05.05 AM 1

Kaum Tionghua Indonesia rasai nikmat puasa dengan agih juadah berbuka