KABUL, 5 Jun – Hampir 80 pelajar perempuan di Afghanistan dilaporkan mengalami keracunan dalam dua kejadian berasingan di sekolah rendah, utara negara itu, semalam.
Memetik laporan AP, pegawai Pendidikan Wilayah Sangcharak, Mohammad Rahmani mendakwa, tindakan berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan perbuatan dendam.
Malah,terdapat individu yang tidak dikenali memasuki sekolah perempuan dan meracuni kelas berkenaan.
Katanya kejadian berkenaan membabitkan 60 pelajar dari Sekolah Naswan-e-Kabod Aab manakala 17 lagi di Sekolah Naswan-e-Faizabad.
“Kedua sekolah berkenaan adalah berhampiran dan kedua-duanya disasarkan dalam kejadian ini,” katanya.
Bagaimanapun Mohammad Rahmani berkata, semua pelajar kini dalam keadaan stabil dan akan dibenarkan keluar hospital tidak lama lagi.
Siasatan awal mendapati ada pihak berdendam dan cuba mengupah pihak ketiga untuk melakukan serangan berkenaan.
Sebelum ini, Iran berdepan situasi sama apabila ribuan pelajar sekolah perempuan di negara itu berdepan kes keracunan sejak November tahun lalu. – nasionalkini.my