DHAKA, 6 Jun – Cuaca panas berterusan telah membawa penutupan sekolah rendah di seluruh Bangladesh.
Selain itu bekalan elektrik yang kerap terputus menyebabkan penduduk kepanasan namun pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran tidak dapat menyediakan bantuan dan perlindungan ketika ini.
Malah sehingga kini suhu maksimum melonjak sehingga 41 darjah Celsius sejak 10 hari lalu.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Bangladesh memberi amaran bahawa tiada petunjuk bahawa cuaca panas di negara itu akan berakhir.
Pasukan saintis memaklumkan perubahan iklim menyumbang kepada gelombang haba yang lebih kerap, teruk dan lama ketika musim panas.
Gelombang haba melanda di kebanyakan bahagian Bangladesh, termasuk ibu kota Dhaka, ketika negara itu memasuki kemuncak musim panas, mendorong suhu ke paras rekod tinggi.
Pihak berkuasa dijangka mengambil langkah pencegahan selanjutnya jika gelombang haba berterusan. – nasionalkini.my