in

BT Group tamat khidmat 55,000 pekerja, kontraktor

20230519 064522
Langkah itu diambil sebagai sebahagian pelan transformasi syarikat - Gambar oleh Reuters

LONDON, 19 Mei – Penyedia jalur lebar dan mudah alih terbesar Britain, BT Group akan memberhentikan sehingga 55,000 pekerja termasuk kontraktor menjelang 2030, berpotensi kira-kira 40 peratus daripada kakitangannya dalam pada ia menyelesaikan pelaksanaan fiber dan menyesuaikan diri dengan teknologi baharu seperti kepintaran buatan (AI).

Syarikat itu sedang melaksanakan pelan transformasi untuk membina rangkaian fiber nasional di bawah ketuanya, Philip Jansen, selain melancarkan perkhidmatan mudah alih berkelajuan tinggi 5G.

Bekas monopoli negara itu hari ini melaporkan pertumbuhan pendapatan pro forma dan perolehan teras buat kali pertama dalam enam tahun bagi tahun kewangan berakhir Mac, namun kos mentrasformasi perniagaan dan perbelanjaan besar tunai telah menjejaskan syarikat, menyebabkan sahamnya merosot tujuh peratus dalam dagangan pagi, dipetik dari Reuters.

Jansen berkata, selepas menyelesaikan pelancaran fiber, mendigitalkan cara ia bekerja, menggunakan AI dan meringkaskan strukturnya, BT akan bergantung kepada jumlah pekerja lebih kecil dan mengurangkan asas kos dengan ketara menjelang akhir dekad ini.

“BT Group yang baharu akan menjadi perniagaan lebih kecil dengan masa depan lebih cerah,” katanya.

Jumlah pekerja akan dikurangkan daripada 130,000 kepada antara 75,000 hingga 90,000 menjelang akhir tahun kewangan 2030, kata BT Group.

Kira-kira 30,000 pekerjanya sekarang adalah kontraktor.

Jansen berkata, pembuangan pekerja akan dipercepatkan ketika ia menyiapkan pembinaan fiber dan menamatkan 3G.

“Ia program (pembuangan pekerja) yang sedang berjalan, namun akan berlaku antara lima hingga tujuh tahun,” katanya kepada pemberita. – nasionalkini.my

terbakar 1

Bilik di Kem Wardieburn terbakar, wanita cedera

IMG 20230108 185232 scaled

Jangan gagal macam Muafakat Nasional