in

RM2.5 bilion nilai jualan bazar Ramadan, Aidilfitri

Statistik nilai jualan bazar Ramadan dan Aidilfitri itu dikeluarkan DOSM hari ini - Gambar hiasan

PUTRAJAYA, 16 Jun – Nilai jualan bazar Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini meningkat 5.9 peratus kepada RM2.5 bilion, berbanding RM2.4 bilion direkodkan tahun lepas.

Statistik Bazar Ramadan dan Aidilfitri 2023 itu dikeluarkan Jabatan Perangkaan (DOSM) hari ini.

DOSM dalam kenyataan itu memaklumkan negeri Selangor, Johor dan Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur menyumbang 50 peratus kepada nilai jualan keseluruhan tahun ini.

Selangor mencatatkan nilai jualan bagi bazar Ramadan dan Aidilfitri tertinggi dengan jumlah RM564.2 juta, diikuti Johor RM411 juta dan Kuala Lumpur RM284.2 juta.

Bagi peringkat daerah pentadbiran pula, daerah Johor Bahru mencatatkan nilai jualan tertinggi dengan RM207.6 juta, diikuti Petaling RM204.5 juta dan Klang RM87.4 juta.

Aktiviti perniagaan di bazar Ramadan untuk tahun 2023 lebih rancak berikutan tidak ada lagi syarat ketat dikenakan seperti ketika negara dilanda pandemik COVID-19 – Gambar hiasan

Prestasi bazar Ramadan pula, DOSM memberitahu Selangor mencatatkan nilai jualan tertinggi – RM451.4 juta, Johor (RM313.5 juta) dan Kuala Lumpur (RM264.3 juta), manakala peringkat daerah pentadbiran, Petaling merekodkan nilai jualan tertinggi – RM186.0 juta, Johor Bahru (RM148.3 juta) dan Ulu Langat (RM64.3 juta).

Bagi prestasi bazar Aidilfitri, DOSM menjelaskan Selangor mencatatkan nilai jualan RM112.7 juta, Johor RM97.5 juta dan Melaka sebanyak RM47.4 juta.

Daerah Johor Bahru menjadi daerah pentadbiran paling tinggi nilai – RM59.3 juta, diikuti Klang (RM53.6 juta) dan Melaka Tengah (RM43.5 juta).

Dari segi jumlah pekerja, DOSM memaklumkan jumlahnya meningkat 30.3 peratus iaitu sebanyak 203,667 orang tahun ini berbanding 156,361 orang yang direkodkan pada tahun lepas.

Selangor mencatatkan jumlah pekerja tertinggi iaitu seramai 6,105 orang, diikuti Johor (5,258 orang) dan Kedah (2,850 orang).

Menurut DOSM, penemuan laporan berkenaan adalah berdasarkan survei yang dijalankan bermula 23 Mac hingga 22 April lepas, meliputi semua bazar yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan. – nasionalkini.my

earth heat wave 696x392 1

Cuaca panas: 39 kes dikesan, Kelantan paling tinggi

Penduduk dakwa terpaksa guna ‘teh O’ untuk urusan harian