in

Menu Rahmah kini di KFC, Pizza Hut

IMG 20230529 194354 6 x 4 inch
Rangkaian restoran QSR Brands, KFC dan Pizza Hut menawarkan Menu Rahmah pada harga RM5 bermula hari ini

KUALA LUMPUR, 29 Mei – Rangkaian restoran QSR Brands, KFC dan Pizza Hut kini menawarkan Menu Rahmah pada harga RM5.

Menu Rahmah itu ditawarkan dengan dua jenis hidangan iaitu ‘Menu Rahmah KFC Meal’ (seketul ayam, roti Butterscotch berserta air mineral) dan ‘Menu Rahmah Pizza Hut Meal’ – Personal Piza berserta air mineral.

Hidangan itu boleh dibeli di 1,227 rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut seluruh negara kecuali rangkaian restoran di lapangan terbang, Genting Highlands dan Legoland (bagi Menu Rahmah KFC Meal).

Manakala Pizza Hut di RSA Pagoh dan Genting Highlands (bagi Menu Rahmah Pizza Hut Meal).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, lebih ramai pemain industri, khususnya restoran dan makanan diseru menjayakan inisiatif diperkenalkan kerajaan bagi meringankan kos sara hidup rakyat.

Katanya, orang ramai boleh melayari laman web menurahmah.kpdn.gov.my untuk menyemak senarai restoran menawarkan menu Rahmah di seluruh negara. – nasionalkini.my

IMG 20230529 190255

Blok wanita, kanak-kanak HTAA mula dibina bulan depan

IMG 20230529 201607 6 x 4 inch

Penganjur Star Vendors perlu minta maaf – Pemuda UMNO