in

Aliran masuk asing dijangka kembali mengukuh pada separuh kedua 2023

db70a837 01c2 4608 aaa3 f72d97620a0a
Pada April, aliran keluar asing susut kepada RM300 juta berbanding bulan sebelumnya.

KUALA LUMPUR 12 Mei – Permintaan asing terhadap bon tempatan dijangka kekal lemah dalam tempoh terdekat sebelum kembali mengukuh pada separuh kedua 2023.

Menurut Kenanga Research, kelemahan itu disebabkan penghindaran risiko berikutan keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) menaikkan kadar faedah dan krisis perbankan di negara itu yang masih berterusan.

Bagaimanapun, katanya, aliran masuk asing dijangka bertambah kukuh pada separuh kedua ini jika Fed melengkapkan kitaran pengetatannya tidak lama lagi dan membayangkan pemotongan kadar menjelang akhir tahun.

“Ini terutamanya jika Amerika Syarikat (AS) mengalami kemelesetan lebih mendadak daripada jangkaan.

“Begitu juga, bon tempatan kekal menarik dengan sebaran positif terhadap bon pasaran maju dan sepatutnya menerima sedikit sokongan daripada kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini,” katanya dalam nota kajian.

Firma itu mendapati, pelabur asing kekal penjual bersih ekuiti tempatan pada April, selama lapan bulan berturut- turut.

Pada April, aliran keluar asing berkurangan kepada RM300 juta berbanding RM1.3 bilion bulan sebelumnya, dengan kebanyakan tekanan jualan diperhatikan menjelang akhir bulan.

Secara keseluruhan, pasaran modal merekodkan aliran masuk paling rendah dalam tempoh tiga bulan pada April sebanyak RM1.3 bilion, berbanding RM5.3 bilion pada Mac.

Kenanga Reserch yakin BNM telah melengkapkan normalisasi dasar monetari selepas membuat keputusan mengejutkan dengan menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas dalam mesyuaratnya minggu lalu.

Ini mengukuhkan jangkaan firma itu bahawa BNM akan mengekalkan kadar faedah itu pada paras 3% sepanjang tahun ini sekiranya tiada sebarang kejutan kepada pertumbuhan atau inflasi.

“Kenaikan 125 mata asas OPR sepanjang tahun lalu sepatutnya mencukupi untuk meredakan tekanan inflasi selain kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan,” jelasnya. – nasionalkini.my

20230512 091707

Tugas berat Harimau Malaya di Qatar

20230512 100203

Coldplay pernah taja jentera perangkap sampah